Kesemua anggota Tentera Darat kini bersiap siaga sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim tengkujuh di seluruh negara.
Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata anggota berkenaan diarahkan bersiap sedia di semua negeri kerana bencana itu kadangkala akan turut berlaku di negeri tidak diduga selain di pantai timur.
"Semua formasi briged dan juga divisyen telah saya arahkan bersiap sedia bagi memberikan bantuan semasa banjir. Kadangkala kita tumpu satu tempat, tetapi terjadi (banjir) di tempat lain, jadi kita siap siaga di semua tempat.
"Kita jangan lupa Johor juga pernah melalui satu banjir besar dan begitu lama...termasuk pada 2013, 2014 di Perak ada (banjir).
"Di Temerloh pun kita tidak jangka sebelum ini, tetapi terjadi juga banjir...kita tidak jangka pasal banjir ini bila-bila masa sahaja boleh berlaku di mana-mana tempat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan penghargaan untuk meraikan Panglima Angkatan Bersama ATM Left Jen Datuk Shahrani Mohd Sany yang akan bersara pada Mac depan di Kem Batu 10 dekat sini, hari ini.
Turut hadir Panglima 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Datuk Md Din Abu.
Hampir 300 anggota termasuk pegawai menyertai perbarisan penghargaan berkenaan.
Raja Mohamed Affandi berkata pergerakan aset untuk operasi bantuan banjir turut diletakkan dalam keadaan siap siaga termasuk aset udara seperti diarahkan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 01 2016
Semua formasi briged dan divisyen tentera darat telah diarahkan bersiap sedia bagi memberikan bantuan semasa banjir. - Gambar hiasan
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Pembinaan semula Gaza dianggar 1 trilion dolar
Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai CEAPAD, memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Kabinet Israel telah meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk melaksanakan gencatan senjata serta pembebasan tahanan di Semenanjung Gaza.
TikTok mula ditutup di AS esok kecuali jika Biden campur tangan
TikTok menyatakan perkhidmatannya akan dihentikan di Amerika Syarikat pada Ahad ini jika pentadbiran Presiden Joe Biden tidak memberikan jaminan.
Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keraguan terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Tentera darat siap siaga sepenuhnya hadapi banjir di seluruh negara
Mereka diarahkan bersiap sedia di semua negeri kerana bencana itu kadangkala akan turut berlaku di negeri tidak diduga selain di pantai timur.