RIO DE JANEIRO: Ketika ketegangan semakin memuncak antara Washington dan Beijing berhubung insiden menembak jatuh objek yang didakwa pegawai Amerika Syarikat sebagai 'belon pengintip China', Colombia melaporkan kehadiran objek serupa di ruang udaranya.
Sistem pertahanan udara negara mengesan objek pada ketinggian sekitar 17,000 meter memasuki ruang udara negara itu pada pagi Jumaat, Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik kenyataan tentera udara Colombia pada Sabtu.
Objek itu bergerak pada kelajuan purata kira-kira 46 kilometer sejam, memiliki "ciri yang serupa dengan belon."
Tentera Udara Colombia mengesan objek itu menerusi sistem pertahanan negara sehingga ia meninggalkan ruang udaranya.
Ia tidak menimbulkan "ancaman kepada keselamatan dan pertahanan negara, mahupun keselamatan udara," menurut tentera udara.
Pihaknya kini bekerjasama dengan negara lain untuk menentukan asal usul objek itu.
Tentera AS pada Sabtu menembak jatuh apa yang dikatakan sebagai belon pengintip China di luar pantai Carolina Selatan.
Bagaimanapun, Beijing mendakwa bahawa ia adalah belon penyelidikan awam yang menyimpang dari laluan asal.
Pada Jumaat, jurucakap Jabatan Pertahanan AS Pat Ryder berkata belon kedua telah dikesan di Amerika Latin, tanpa memberikan butiran lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023
![Tentera udara Colombia lapor kehadiran belon serupa seperti di Carolina Selatan Tentera udara Colombia lapor kehadiran belon serupa seperti di Carolina Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675646732_republicofcolombia.jpg)
Tentera Udara Colombia mengesan objek itu menerusi sistem pertahanan negara sehingga ia meninggalkan ruang udaranya. - Gambar hiasan
![KDN tingkat latihan pengawal keselamatan, perkukuh kawalan di premis perniagaan KDN tingkat latihan pengawal keselamatan, perkukuh kawalan di premis perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737801409_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN tingkat latihan pengawal keselamatan, perkukuh kawalan di premis perniagaan
Modul latihan sedia ada yang dikendalikan oleh PDRM akan dikaji semula bagi memastikan ia sejajar dengan cabaran keselamatan semasa.
Hidupkan kembali karya sastera dengan digitalisasi
Penggiat seni disaran memperkenalkan pendekatan lebih segar dan interaktif, termasuk digitalisasi karya, bagi menjadikan sastera lebih dekat dengan generasi muda.
Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru, Manjoi pada Ahad malam.
Trend guna 'dummy buckle' membimbangkan
Penggunaan 'dummy buckle' atau alat penyah aktif penggera tali pinggang keledar dilihat menjadi trend yang agak membimbangkan.
![Trump isytihar 9 Feb sebagai 'Hari Teluk Amerika' Trump isytihar 9 Feb sebagai 'Hari Teluk Amerika'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739160486_tbDonaldTrump.jpg)
Trump isytihar 9 Feb sebagai 'Hari Teluk Amerika'
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad mengisytiharkan 9 Feb sebagai "Hari Teluk Amerika".
Amalan Ramadan ada kaitan dengan kerajaan Madani - PM
Amalan Ramadan mempunyai kaitan dengan kerajaan Madani yang memberi penekanan terhadap aspek kerohanian dan penetapan nilai.
Batal segera lesen jika serah kepada pihak lain - PM
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membatalkan lesen bazar Ramadan yang dikeluarkan sekiranya mendapati ada peniaga memindahkan lesen mereka kepada pihak lain.
ASEAN 2025: Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Hak mangsa konflik, inisiatif keamanan dan pembangunan antara agenda yang akan dibincangkan dalam Sesi Pemukiman dan Mesyuarat Ke-40 Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia antara yang terbaik - PM Anwar
Negara kini lebih rancak melakukan kesiapsiagaan menjadi tuan rumah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
![Hidupkan kembali karya sastera dengan digitalisasi Hidupkan kembali karya sastera dengan digitalisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739159466_tbRosmanLamri.jpg)
Hidupkan kembali karya sastera dengan digitalisasi
Langkah itu juga bertujuan memastikan generasi muda terus menghargai dan memahami nilai sastera.
![Tentera udara Colombia lapor kehadiran belon serupa seperti di Carolina Selatan Tentera udara Colombia lapor kehadiran belon serupa seperti di Carolina Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675646732_republicofcolombia.jpg)
Tentera udara Colombia lapor kehadiran belon serupa seperti di Carolina Selatan
Objek itu bergerak pada kelajuan purata kira-kira 46 kilometer sejam, memiliki "ciri yang serupa dengan belon."