KUALA LUMPUR: Pengusaha batik tempatan disarankan menerapkan nilai serta keindahan seni Melayu dan Islam dalam corak batik yang dihasilkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan rekaan serta corak batik itu mestilah menampilkan kekuatan dan keindahan seni Melayu Islam tempatan dan di rantau ini.
"Saya anjurkan supaya pengusaha batik tempatan faham tentang nilai, keindahan seni Melayu dan Islam di rantau ini.
"Corak-corak itu boleh dibuat dan dikembangkan berdasarkan keaslian dan diindahkan mengikut citarasa semasa (Melayu dan Islam tempatan)," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Barangan Malaysia di sini, hari ini.
Katanya, beliau bagaimanapun tidak menafikan keindahan, corak dan cita rasa berbeza yang ditampilkan dalam rekaan batik dihasilkan pengusaha tempatan.
Anwar berkata, beliau juga memaklumkan akan memakai baju batik Malaysia ketika menghadiri satu majlis sempena Persidangan Memperingati ASEAN-Jepun di Jepun pada 17 Disember ini.
"Esok petang, saya ke Tokyo, Jepun untuk mesyuarat ASEAN dan semua 10 negara ASEAN diundang Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan satu malam dia kata boleh pakaian sut atau pakaian rasmi tapi saya bagi nota balas dan cakap (maklum), saya nak pakai baju batik Malaysia.
"Sebabnya apa...saya rasa bertanggungjawab untuk promosi barangan buatan Malaysia. Saya rasa bangga (pakai) dan akan beritahu bahawa ini batik Malaysia dimana mutu dan rekaannya baik," katanya.
Katanya, beliau mahu usaha mempromosi barangan Malaysia di peringkat antarabangsa dan tempatan dipertingkatkan dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Dari sudut mempromosi barangan Malaysia di peringkat tempatan pula, Anwar berkata, beliau telah menjadikan kunjungan ke warung pada hari Jumaat untuk makan tengah hari sebagai acara tetap mingguan.
"Sebelum solat Jumaat saya pergi warung dan gerai dan makan di kedai tempatan. Ini cara saya promosi barangan Malaysia. Itu yang saya lakukan sejak dilantik Perdana Menteri.
"Saya turut menyeru barisan Jemaah Menteri untuk menunjukkan kesungguhan dalam mempromosi serta menyokong barangan Malaysia.
"Saya sendiri tidak rasa kurang darjat saya makan di gerai dan warung tiap minggu…kopi atau makanan dihidang ini kadang lebih enak daripada restoran lima bintang,” katanya.
Mengenai Karnival Barangan Malaysia, Anwar berkata karnival itu telah bantu semarakkan pertumbuhan ekonomi negara.
"Kempen beli barangan Malaysia juga harganya itu perlu sederhana ketimbang harga (barang) import. Ia bantu jana pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Astro Awani
Thu Dec 14 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Karnival Barangan Malaysia (KBM) 2023 di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Terapkan nilai Melayu dan Islam dalam corak batik tempatan - PM Anwar
Pengusaha batik tempatan disarankan menerapkan nilai serta keindahan seni Melayu dan Islam dalam corak batik yang dihasilkan.

Cuaca panas beri kelebihan kepada perusahaan batik di Kelantan
Malah menurut pengusaha batik, aktiviti menjemur untuk mengeringkan kain batik menjadi lebih cepat berbanding biasa.