SHAH ALAM: Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi untuk diedarkan di seluruh sekolah di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan usaha untuk memupuk semangat kasih sayang selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar Islam.
Usaha itu kata Perdana Menteri akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kita ambil ikhtiar untuk terbitkan semula supaya dapat dikirimkan di semua sekolah dan pastikan pelajar-pelajar diberikan gambaran ilmu dan huraian yang baik.
"Kalau baca hadis sahaja, anak-anak kita tidak semuanya dapat hadam dengan baik dan kita boleh edarkan seperti doa yang dicadangkan golongan ulama.
"Ini sekurang-kurangnya sebagai hasil sambutan daripada pandangan golongan-golongan ulama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di sini, pada Khamis.
Turut hadir, Mantan Mufti Agung Mesir, Prof Ali Jum'ah dan Pengasas Darul Musthafa Tarim Yaman, Al Habib Umar Hafidz.
Dalam pada itu, Anwar turut berpendapat, golongan ulama mempunyai hak untuk membuat teguran terhadap kerajaan melibatkan apa jua bentuk permasalahan.
Ujarnya, teguran itu perlu diterima dari sudut positif untuk kebaikan pemerintahan negara dan bukan bertujuan untuk menghukum mana-mana pihak.
"Tiada langsung perbezaan pendapat jadi ulama boleh tegur (kerajaan) supaya ia (masalah atau isu) dapat diperbaiki maka itu yang ditekankan.
"Ini (teguran) bukan untuk memfitnah dan menghukum dan pimpinan pula bila dengar ulama yang bercakap dan berani menegur maka terima dan jawab dengan baik," katanya lagi.
Hilmi Malik
Thu May 25 2023
Anwar menerima senaskhah Al-Quran daripada Bekas Mufti Agung Mesir Profesor Ali Jumah (kanan) pada Majlis Muzakarah dan Umara sempena Festival Turath Islami Selangor 2023, hari ini. - Foto Bernama
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tiada bukti telefon bimbit sebabkan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
Jepun pertimbang bantuan perubatan, pendidikan untuk warga Palestin
Perdana Menteri Jepun berkata kerajaan mempertimbang untuk menawarkan bantuan perubatan dan pendidikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat perang.
Majikan, enam etnik Rohingya hadapi pertuduhan bunuh
Seorang majikan warga tempatan serta enam etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan membunuh dan tanam rakan sekerja di dalam kolah pada 28 Januari lalu.
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman kes salah guna kuasa
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman lima hari selepas disyaki terlibat kes rasuah tahun lalu.
Peniaga didakwa lakukan ugutan jenayah, lepaskan tembakan
Seorang peniaga didakwa atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap lima remaja dan melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan
PM jelaskan 85 peratus rakyat tidak terkesan kenaikan tarif elektrik
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan mulai Julai ini hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat negara ini.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: 85% tidak terkesan kenaikan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terbit semula hadis 40 Imam Nawawi, pupuk kefahaman agama - PM Anwar
Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi untuk diedarkan di seluruh sekolah di negara ini.