KUALA LUMPUR: Sebagai sebuah badan penguatkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat sesuatu dengan sesuka hati tanpa bukti.
Pengerusi Biro Politik, Majlis Perundingan Melayu (MPM) Shahbudin Embun berkata, ini kerana pengasingan kuasa memastikan bahawa bidang kuasa SPRM terhad kepada penyiasatan kes berkaitan rasuah.
"Apabila sesebuah laporan atau aduan rasmi telah dibuat kepada SPRM, Suruhanjaya itu terikat dengan tanggungjawab untuk mengesahkan dan menyiasat laporan tersebut. SOP ini adalah perkara yang biasa dan tidak patut disensasikan oleh pihak-pihak tertentu.
"Prinsip pengasingan kuasa memastikan tiada penumpuan kuasa dalam satu-satu badan atau institusi. Jadi sesiapa yang di bawah siasatan tidak perlu berasa gusar sekiranya mereka tidak berbuat salah kerana tindakan undang-undang seterusnya tidak dapat dijalankan tanpa bukti yang mencukupi," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Beliau mengulas laporan yang mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali, disiasat berhubung konflik kepentingan dalam kes rayuan SRC International yang melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dakwaan itu dikeluarkan blogger Raja Petra Kamarudin dalam portal Malaysia Today yang menyebut Mohd. Nazlan disiasat berhubung wang RM1 juta yang tidak diisytihar dalam akaun.
Mohd Nazlan pada Khamis lalu telah membuat laporan polis menafikan tuduhan yang dibuat Raja Petra.
SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan.
Tambah Shahbudin, SPRM dan juga PDRM telah diberikan mandat untuk menyiasat kes kesalahan jenayah malah terdapat beberapa kes di mana hakim, yang ditakrifkan oleh undang-undang sebagai pegawai badan awam, disiasat dan didakwa atas pertuduhan rasuah.
"Isu rasuah adalah salah satu musuh utama negara selain dadah. Sebagai badan yang di amanahkan untuk bertindak “without fear and favour” membendung rasuah, maka rakyat patut mengalu-galukan tindakan SPRM melaksanakan tugas dan fungsinya.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sendiri telah menyatakan di Parlimen bahawa beliau tidak berkompromi dan tidak masuk campur terhadap semua proses pengadilan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan," ujarnya lagi.
Madiha Abdullah
Tue Apr 26 2022

SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan. - Gambar fail

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

SPRM tidak boleh ikut cara lama sampai, cari maklumat - KP SPRM
Warga SPRM perlu berubah daripada segi pendekatan dan tidak boleh mengikut cara lama dalam menyampaikan atau mencari maklumat, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Bekas pemain badminton kebangsaan didakwa menipu lebih RM58,000
Seorang bekas pemain badminton kebangsaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu seorang lelaki berjumlah RM58,029 untuk tujuan pertaruhan dalam talian dan pelabura

Terbuka adakan siasatan segera terhadap Mohd Nazlan - MPM
Sebagai sebuah badan penguatkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat sesuatu dengan sesuka hati tanpa bukti.

Kritikal untuk cegah amalan rasuah dalam limpahan belanjawan RMK12 - Akhbar Satar
Situasi menjadi lebih buruk apabila sesetengah projek mega diberikan menerusi rundingan terus dan tender terhad kepada kroni atau syarikat tertentu

Rasuah: Jurutera daerah antara 6 ditahan SPRM, babitkan projek jutaan ringgit
Suspek berusia di antara 31 hingga 44 tahun itu dipercayai mengawal 11 syarikat didaftarkan atas nama mereka dan proksi untuk membolot projek agensi Pusat berkenaan yang ditawarkan di daerah itu.

Kementerian Pertahanan belum dimaklumkan penemuan isu 'land swap' - Mohamad
Mohamad menegaskan pihaknya telah mengemukakan laporan siasatan bagi dua daripada 16 projek land swap kepada pihak SPRM pada 21 Februari lepas.

'Mahathir tetap Mahathir, tapi...'
Dari segi dasar dan prinsip, Dr Mahathir dilihat jelas berubah berbanding masa lalunya.

1MDB: Abu Kassim sahkan SPRM bekerjasama dengan FBI
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Ahad mengesahkan agensi berkenaan menjalin kerjasama dengan FBI.

SPRM Pulau Pinang tahan pegawai kanan ICU JPM
Pegawai kanan itu ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini untuk diambil keterangan.

Tiada keperluan untuk wajibkan ahli parlimen isytihar harta - Paul Low
Kerajaan ketika ini tidak melihat keperluan untuk mewajibkan semua ahli parlimen untuk mengisytiharkan harta masing-masing kepada umum.