KUALA LUMPUR: Tugas getir menanti perseorangan lelaki Indonesia Jonatan Christie yang dijadual berdepan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen di separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022, hari ini.
Jonatan turun selaku pilihan ketujuh kejohanan menyingkirkan pemain India H.S Prannoy 21-18, 21-16 pada pusingan suku akhir di Arena Axiata Bukit Jalil semalam, manakala pemain dari Denmark itu mengecewakan seorang lagi pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting 21-18, 17-21, 12-21.
Pemain berusia 24 tahun yang kini menghuni ranking kelapan dunia itu melaungkan amaran awal sambil menyifatkan pertembungan hari ini juga sebagai misi balas dendam atas kekalahan Ginting di tangan Axelsen.
"Ya, saya akan berjuang bukan sahaja untuk Ginting namun sudah pasti Indonesia sekali.
"Saya bersyukur dapat hasil positif hari ini tapi perjuangan belum selesai ada tugas getir menanti melawan Axelsen," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Bagaimanapun, Jonatan enggan meletakkan tekanan terhadap dirinya biarpun reputasi dimiliki Axelsen yang mengungguli empat kejohanan tahun ini termasuk Terbuka Indonesia 2022, bulan lepas.
Juara Sukan Asia 2018 itu berharap beliau serta Axelsen dapat mempamerkan perlawanan terbaik untuk peminat sukan badminton di stadium hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Jonatan beraksi ketika menentang Prannoy pada perlawanan pusingan suku akhir Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, 1 Julai 2022. -- fotoBERNAMA
Kelewatan gencatan Gaza berpunca dari senarai nama tebusan Israel dibebaskan
Senarai nama-nama tebusan Israel di Gaza yang bakal dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.
Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Puluhan penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu bangunan mahkamah di Seoul awal pagi Ahad selepas mahkamah melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Terbuka Denmark: Zii Jia lepasi Jonatan, Kean Yew kejutkan Axelsen
Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia bakal berentap dengan pemain Singapura, Loh Kean Yew bagi perebutan slot perlawanan akhir.
Peluang Axelsen tamat badi 15 tahun cerah
Juara Olimpik Tokyo 2020 itu bangkit daripada ketinggalan set pertama 18-21 sebelum menewaskan pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting.
Terbuka Malaysia 2022: Tugas getir menanti Jonatan di separuh akhir
Jonatan turun selaku pilihan ketujuh kejohanan menyingkirkan pemain India H.S Prannoy 21-18, 21-16 pada pusingan suku akhir.
Zii Jia muncul juara BAC 2022
Lee Zii Jia mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie sebentar tadi.
Skuad lelaki Indonesia muncul juara BATC, tewaskan China 3-1
Ini kali kedua Indonesia muncul juara BATC kategori berpasukan lelaki selepas kali pertama memenangi pada 2016, di Hyderabad, India yang juga merupakan edisi sulung kejohanan berkenaan.