PENGALAMAN terbukti menjadi faktor lebih besar berbanding keremajaan apabila Novak Djokovic menumbangkan wakil tuan rumah, Ben Shelton, untuk ke final Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York awal pagi tadi.
Djokovic, 36, mematahkan setiap servis kencang yang dilakukan Shelton, 20, sebelum mencatatkan kemenangan 6-3, 6-2, 7-6 dalam aksi separuh akhir berkenaan.
Kekalahan Shelton juga menyaksikan hasrat AS untuk melihat seorang warganya muncul juara lelaki kejohanan berkenaan akan terus berlanjutan sejak kali terakhir dilakukan Andy Roddick pada 2003.
Jurang pengalaman jelas menjadi pemisah dalam pertemuan kali ini, di mana Djokovic beraksi dalam perlawanan Terbuka AS buat kali ke-100 manakala Shelton pula turun buat aksi ketujuhnya.
Lebih menarik, Shelton menjadi pemain AS paling muda layak ke separuh akhir sejak Michael Chang pada 1992 sambil Djokovic menjadi pemain tertua layak ke peringkat sama sejak Jimmy Connors.
Jaguh Serbia itu turun beraksi dalam separuh akhir grand slam buat kali ke-47 manakala ia merupakan penampilan pertama Shelton di peringkat itu.
Kini, Djokovic hanya dibezakan satu lagi kemenangan untuk menjulang gelaran dalam kejohanan utama buat kali ke-24, sekali gus menjadi pemenang tertua dalam era Terbuka dan mengatasi rekod Ken Rosewall ketika memenangi gelaran itu pada usia 35 tahun pada 1970. - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Sep 09 2023

Djokovic mematahkan setiap servis kencang yang dilakukan Shelton sebelum mencatatkan kemenangan 6-3, 6-2, 7-6 dalam aksi separuh akhir berkenaan. - Foto AP
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Novak Djokovic dakwa ‘diracun’ semasa ditahan di Melbourne pada 2022
Dakwa Djokovic, dia telah "diracun" melalui makanan yang dijamu di sebuah hotel di Melbourne.

Djokovic derma kemenangan emas Olimpik buat misi kemanusiaan
Juara Grand Slam 24 kali itu jelas beremosi selepas memastikan kemenangan untuk negaranya dengan kemenangan 7-6 7-6 ke atas pesaingnya.

Djokovic, Alcaraz berentap di pentas final tenis Olimpik 2024
Djokovic menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti, manakala Alcaraz menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.

Olimpik Paris 2024: Impian Nadal berakhir selepas kekalahan teruk kepada Djokovic
Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4.

Sensasi Alcaraz pertahan gelaran Wimbledon
Di sebalik kemenangan 6-2, 6-2, 7-6(4), Alcaraz tetap percaya lawan dari Serbia itu kekal sebagai 'Superman' dalam arena tenis dunia.

Djokovic tewas peringkat separuh akhir Tenis Terbuka Australia
Novak Djokovic tumpas kepada pemain Itali Jannik Sinner di peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Australia.

Tenis Terbuka Australia: Djokovic berang provokasi 'sang pengecut'!
Djokovic sedikit terusik dengan kata-kata nista yang seakan cuba untuk merapuhkan semangat berkobar-kobar juara 10 kali kejohanan itu.

Piala Davis: Jannik Sinner bantu Itali julang kejuaraan pertama sejak 1976
Pemain nombor empat dunia itu menewaskan Djokovic dan kemudiannya Alex De Minaur pada hari Ahad untuk meraih kemenangan 2-0.

Djokovic menang jelajah akhir ATP ketujuh di Itali
Novak Djokovic memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP ketujuhnya dengan penuh bergaya, menewaskan pemain tuan rumah Jannik Sinner.

Sensasi gelaran Grand Slam ke-24 Djokovic
Pemain Serbia itu menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7/5), 6-3.