PENYANYI dan juga bekas bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Berita itu dikongsi Tom dalam satu hantaran di IG story pada Jumaat.
Menurut Tom, dia berasa amat bersyukur kerana hasratnya untuk memiliki anak perempuan akhirnya tercapai.
“Ya Allah syukur ya Allah. 90 peratus scan anak perempuan.
“Yeay dapat anak perempuan. Finally dapat juga merasa anak perempuan,” maklumnya.
Lebih mengundang sebak apabila Tom mengalirkan air mata kerana sebak sebelum memeluk suaminya iaitu penyanyi, Fuad Rahman.
Sebelum berkongsi berita tersebut, Tom mengakui rasa gementar menanti keputusan imbasan jantina tersebut memandangkan ini merupakan peluang terakhir untuk memiliki anak perempuan.
“Gementar sangat-sangat… dah ada tiga anak lelaki. Adakah aku dapat merasa nak ada anak perempuan dalam hidup aku?
“Ini anak terakhir… tapi apa pun aku terima walaupun ditakdirkan anak lelaki lagi. Bismillah,” coretnya.
Untuk pengetahuan, Tom kini sarat hamil lima bulan.
Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.
Tom sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.
Manakala Fuad pula memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama sebelum ini. - Gempak
Gempak
Sat Oct 07 2023

Tom menerima kucupan daripada suaminya, Fuad Rahman. Pasangan yang bernikah pada 26 Februari lalu akan menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Tom dan Fuad Rahman umum nama anak
Pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman melahirkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka.

Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama
Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama pada pagi Ahad di sebuah hospital kerajaan.

Tercapai hasrat Tom untuk timang anak perempuan
Tom sebak selepas disahkan bayi dalam kandungannya kali ini anak perempuan.

Alami alahan teruk, Tom terpaksa tolak tawaran menyanyi buat sementara waktu
Mengalami alahan kehamilan yang agak teruk, isteri kepada penyanyi Fuad Rahman ini mengambil keputusan untuk menolak tawaran menyanyi buat sementara waktu.

"Dia nak tebus balik silap" - Tom terbuka hati terima kembali Fuad Rahman
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom bersedia untuk kembali mengenali bekas teman lelakinya, penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.

'Usia cecah satu dekad, kasih ibu buat anaknya tidak pernah memudar'
Ini yang dibuktikan oleh seorang ibu, Ada, 98 tahun apabila beliau sanggup berpindah ke sebuah pusat penjagaan untuk menjaga anak lelakinya Tom Keating yang berusia 80 tahun.