PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.
Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian semalam yang dipengerusikan secara bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata terdapat beberapa aspek yang boleh dikawal selia dengan akta sedia ada, bagaimanapun pihak jawatankuasa teknikal akan meneliti jenis perundangan yang diguna pakai di negara luar bagi memastikan keselamatan dalam talian adalah terjamin.
"Banyak negara lain mewujudkan akta khusus contohnya untuk kecerdasan buatan. Kita sedang teliti undang-undang yang ada di Malaysia... kita juga sedang meneliti di negara lain apakah cabaran yang dihadapi dan bagaimana melalui langkah perundangan mereka mewujudkan akta-akta baharu... ini sedang diteliti dan diselaras," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 2/2024 di sini hari ini.
Fahmi berkata mesyuarat itu juga mendengar isu dan cabaran dihadapi setiap agensi serta kementerian berhubung aspek keselamatan dalam talian termasuk membabitkan keselamatan kanak-kanak dan akan melaksanakan beberapa perkara yang memerlukan tindakan segera.
Azalina menerusi catatan di laman Facebook pula berkata perkhidmatan dalam talian adalah satu keperluan dan menjadi antara elemen terpenting dalam kehidupan seharian namun alam siber kini dieksploitasi sehingga telah menjadi lubuk jenayah yang semakin berleluasa selain berada pada tahap yang membimbangkan.
Dalam perkembangan lain, beliau menyambut baik kesediaan Kementerian Sumber Manusia untuk mencari kaedah bagi membantu pekerja dan wartawan sambilan yang membabitkan pengamal media serta penggiat industri seni.
"Ini satu perkara yang telah lama saya perjuangkan. Kita sedang teliti sedikit perincian memandangkan aspek untuk pengamal media dan penggiat industri seni adalah berbeza.
"Saya juga ingin mengadakan perbincangan tambahan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim, mungkin dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) itu boleh dimasukkan aspek seperti pencen ilat dan pencen inakat untuk golongan ini," katanya.
Semalam Sim berkata terdapat kira-kira 30,000 pengamal media serta penggiat industri seni dalam negara dan menzahirkan hasrat untuk memperluas liputan perlindungan di bawah Perkeso kepada mereka antaranya menerusi SKSPS yang memberikan perlindungan kepada individu bekerja sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024

Fahmi berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian semalam. - Gambar Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Terdapat keperluan wujud akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Pesara tentera wira negara dakwa suara tidak dipeduli sejak sekian lama
Rakyat cakna dengan jasa anggota tentera namun sayangnya, saban tahun, ramai dalam kalangan mereka menyuarakan isu sama berkaitan kebajikan.

Bajet 2022: Pencen Skim Keilatan dinaikkan kepada RM550 mulai tahun depan
Kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550 yang melibatkan 56,000 isi rumah, bermula tahun depan.

Tiga individu termasuk dua beranak dalang tipu tuntutan Perkeso
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah reman.

Tiga beranak dalang tuntutan palsu Perkeso, ditahan SPRM
Tiga beranak yang dipercayai menjadi dalang untuk membuat tuntutan palsu kepada Perkeso berjumlah lebih RM1 juta ditahan SPRM.

Kembar alami penyakit saraf terima pencen ilat Perkeso
Ibu mereka, Aizah Mustapha, 48, berkata Rafi'uddin Anwar Rosli dan Rafi'uddin Aysraf, 25, yang turut mengalami masalah percakapan, mengalami penyakit itu sejak berumur 15 tahun.