PETALING JAYA: Ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai ahli panel perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.
Gomez dalam surat letak jawatannya yang tular di media sosial berkata, timbul persoalan mengenai 'hubungan antara perniagaan dan pihak penguat kuasa' dan situasi 'konflik kepentingan' membabitkan pegawai tinggi SPRM serta dakwaan bahawa pegawai itu memiliki saham.
Menurutnya, bekas pegawai tinggi SPRM didakwa terbabit dalam situasi konflik kepentingan, sekali gus mencadangkan 'ada suatu trend di institusi itu (SPRM) yang mesti disiasat segera'.
Cubaan beliau meminta supaya panel SPRM mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut melalui surat kepada Pengerusi Panel SPRM, Tan Sri Borhan Dolah pada 12 November, 26 November dan 14 Disember lalu juga tidak berhasil.
Katanya, Borhan hanya memberikan maklum balas segera terhadap surat pertamanya dengan memberitahu bahawa mesyuarat itu bakal diadakan dan diuruskan oleh pentadbiran SPRM manakala dua lagi suratnya tidak berbalas.
Gomez berkata, surat kedua yang dihantar pada 26 November itu mengandungi maklumat tambahan diterimanya daripada kajian yang menurut beliau sangat meluas dan disifatkan merisaukan.
"Pada 14 Disember 2021, sebulan selepas saya mula-mula membawa perkara ini kepada perhatian anda, saya menulis sekali lagi kepada Tuan.
"Saya menyebut bahawa saya tidak menerima maklum balas anda untuk kedua (surat) saya pada 26 November, walaupun ada perkara yang mendesak yang kami, ahli panel perundingan SPRM terpaksa berbincang.
"Saya kemudian menyatakan bahawa jika saya tidak mendengar daripada anda, saya perlu mengemukakan peletakan jawatan saya daripada panel perundingan SPRM.
"Sekarang sudah dua minggu sejak saya menghantar surat ini. Saya tiada pilihan selain menyerahkan peletakan jawatan saya yang sepatutnya dilihat sebagai bantahan atas kelewatan pihak tuan, sebagai Pengerusi Panel Perundingan dan SPRM, untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan sesuatu isu yang panel ini bertanggungjawab untuk menyemak," katanya dalam surat yang bertarikh pada Isnin itu.
Media sebelum ini melaporkan terdapat pegawai tinggi SPRM yang memiliki konflik kepentingan dalam beberapa entiti perniagaan melalui pemilikan saham syarikat tertentu.
Dalam pada itu, Gomez memaklumkan beliau menghantar surat sebanyak tiga kali dengan kandungan maklumat yang sama kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang.
Dakwanya, surat tersebut yang mengandungi maklumat sama diberikan kepada Borhan bagaimanapun turut tidak mendapat maklum balas.
Gomez amat kesal kerana tidak dapat meyakinkan Borhan dan Abu Zahar untuk bertindak segera serta terbuka mengenai perkara berkenaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 28 2021

Gomez berkata, bekas pegawai tinggi SPRM didakwa terbabit dalam situasi konflik kepentingan, sekali gus mencadangkan 'ada suatu trend di institusi itu (SPRM) yang mesti disiasat segera'. -Gambar fail/Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Isu Azam Baki: Perdana Menteri tidak boleh terus berdiam diri - Gobind Singh
Ahli Parlimen pembangkang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak terus mendiamkan diri membabitkan dakwaan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Terence Gomez letak jawatan ahli panel SPRM
Bekas pegawai tinggi SPRM didakwa terbabit dalam situasi konflik kepentingan, sekali gus mencadangkan 'ada suatu trend di institusi itu (SPRM) yang mesti disiasat segera'.

Kurang dialog berkenaan dasar awam, cermin masalah tadbir urus kerajaan - Pakar
Sistem dasar awam adalah hasil daripada apa yang berlaku dalam sistem politik di Malaysia dan tidak banyak pembaharuan yang dapat dilihat.

Proses kematangan demokrasi mengambil masa - Penganalisis
Disebalik peralihan kuasa secara aman kepada kerajaan baharu, proses kematangan demokrasi bukannya mudah bagi negara ini, kata Prof Dr Edmund Terence Gomez.