KUALA TERENGGANU: Syarikat induk pelaburan milik kerajaan negeri Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) dan anak-anak syarikatnya mencatatkan peningkatan ketara keseluruhan dalam hasil bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 sebanyak RM1.2 bilion.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, jumlah itu berjaya mengatasi prestasi tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM1 bilion.
Menurutnya, hasil Kumpulan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 14 peratus atau RM148.1 juta berbanding tahun kewangan 2020 yang disumbangkan oleh prestasi memberangsangkan dalam anak-anak syarikatnya.
"Trend kenaikan lain termasuk keuntungan sebelum cukai dan zakat Kumpulan juga mencatatkan peningkatan sebanyak 364 peratus (RM60.9 juta) kepada RM77.7 juta daripada RM16.7 juta pada tahun kewangan 2020.
"Walaupun kos operasi meningkat sebanyak RM67.1 juta atau 25 peratus, Kumpulan Terengganu Inc masih mencapai keuntungan selepas cukai untuk meneruskan operasi sebanyak RM8.6 juta pada tahun semasa," katanya kepada pemberita hari ini.
Sektor perladangan yang digerakkan oleh TDM Berhad dan Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd kekal sebagai penyumbang hasil terbesar kepada Kumpulan iaitu sebanyak 49 peratus.
Ini didorong oleh harga purata minyak sawit dan isirong sawit diperakui yang lebih tinggi diikuti oleh sektor penjagaan kesihatan (19 peratus) serta sektor tenaga dan sumber (17 peratus).
Tambahnya, dalam sektor penjagaan kesihatan pula, hasil meningkat sebanyak RM21.7 juta atau 11 peratus daripada RM202.6 juta kepada RM224.3 juta.
"Momentum ini disumbangkan oleh pulangan yang lebih tinggi bagi setiap pesakit dan peningkatan dalam bilangan pesakit luar.
"Sementara itu, kluster tenaga dan sumber Kumpulan yang diterajui oleh Golden Pharos Berhad pula mempamerkan hasil baik sebanyak RM9.5 juta, diterajui oleh pengeluaran yang lebih tinggi.
"Melihat kepada segmen hasil, ladang hutan meningkat sebanyak 357 peratus berbanding tahun sebelumnya, diikuti venir sebanyak 62 peratus dan serpihan kayu sebanyak 24 peratus," katanya.
Dengan penyambungan semula aktiviti ekonomi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpanjangan, sektor pelancongan menerusi YTYI Sdn Bhd (Permai Hotel) turut memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM2.2 juta selepas mengalami kerugian beberapa tahun.
Menurutnya, hasil dalam sektor tersebut telah meningkat sebanyak 66 peratus (RM3.5 juta) berbanding tempoh yang sama pada tahun kewangan 2020, iaitu kerugian sebanyak RM7.3 juta.
"Anak syarikat Kumpulan yang menjurus kepada sektor pembinaan, GPQ Sdn. Bhd turut memperoleh hasil tinggi pada 2021 iaitu sebanyak RM42.5 juta berikutan siapnya projek Hospital Pengajaran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Nerus.
"Kami optimis Terengganu Inc dan anak-anak syarikat Kumpulannya dapat mengekalkan kadar kukuh seiring dengan pemulihan ekonomi negara yang berterusan. Prinsip perniagaan kami yang mampan dan amalan pengurusan risiko sentiasa diutamakan.
"Sering kami tekankan, usaha kami untuk mencapai kejayaan melangkaui objektif komersial semata-mata. Bagi memajukan pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar, pembangunan sosial dan tadbir urus yang baik, kami akan terus menggalakkan daya tahan dan pertumbuhan mampan," katanya.
Ditubuhkan pada tahun 2006, Terengganu Inc adalah syarikat induk pelaburan milik kerajaan negeri Terengganu yang berperanan menguruskan aktiviti pelaburan dan komersial melalui anak-anak syarikat Kumpulan.
Dengan matlamat untuk mencapai hasil pelaburan tinggi menjelang tahun 2030, Terengganu Inc kekal menumpukan usaha pertumbuhan bisnes mampan di dalam pelbagai kluster utama antaranya perladangan, perkhidmatan sokongan minyak & gas, sumber asli, hartanah, pembangunan & pembinaan hartanah dan penjagaan kesihatan. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Sep 26 2022

Burhanuddin Hilmi berkata, hasil Kumpulan juga menunjukkan peningkatan 14 peratus atau RM148.1 juta berbanding tahun kewangan 2020, disumbangkan oleh prestasi memberangsangkan dalam anak-anak syarikat Terengganu Inc. - Foto DagangNews
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

ADUN Air Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Terengganu Inc taja pelumba cilik Hakim Danish
ZK Racing memaklumkan penajaan terhadap pelumba itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.

Guna basikal simulator lepas 'ketagih' - Harrif
Pelumba profesional Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh yang mahu memastikan beliau berada di tahap prestasi terbaik.