DUNGUN: Kerajaan Negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi membaik pulih jalan dan tempat letak kenderaan di kawasan rumah rakit di kaki Gunung Bongsu, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata proses membaik pulih tersebut perlu dilakukan secepat mungkin ekoran keadaan yang boleh membahayakan pengguna.
Ariffin berkata rumah rakit itu terletak kira-kira 20 kilometer daripada Santuari Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir yang menjadi tumpuan pengunjung dari luar Terengganu terutama kaki pancing.
"Kita telah meluluskan melalui Pejabat Daerah RM20,000 dan kita telah salur peruntukan itu pada 11 Oktober.
"Itulah permintaan utama mereka di rumah rakit itu," katanya.
Menurut Ariffin, promosi secara meluas akan dijalankan bagi memperkenalkan tempat pelancongan semula jadi baharu di negeri ini.
"kalau ada keperluan Jabatan Pelancongan akan mempromosikan tempat ini dan kita akan bekerjasama dengan Persatuan Rumah Rakit.
"Setakat ini kehadiran pengunjung di tempat berkenaan sangat ramai," katanya.
Astro AWANI pada 20 Oktober lepas menyiarkan keluhan pengusaha rumah rakit yang meminta kerajaan agar tidak meminggirkan destinasi pelancongan berkonsepkan alam semula jadi terutama di kawasan pedalaman.
BACA: Bajet 2022: Ambil kira pembangunan pelancongan alam semula jadi - Pengusaha rumah rakit
Antara yang perlu diberi tumpuan adalah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Fri Oct 29 2021

Rumah rakit itu terletak kira-kira 20 kilometer daripada Santuari Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir yang menjadi tumpuan pengunjung dari luar Terengganu terutama kaki pancing. - Astro AWANI
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Rakit tong air jadi penyelamat ketika banjir
Rakit yang dilapiskan dengan papan itu dianggarkan dapat menampung lebih 10 tan berat peralatan termasuk sebuah mesin kimpal yang bernilai RM4,000 daripada ditenggelami banjir.

Mayat kanak-kanak tiga tahun terjatuh dari rumah rakit ditemukan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh dari rumah rakit di Bukit Rangin berjaya ditemukan anggota Bomba, hari ini.

Kanak-kanak 3 tahun hilang lincah, seronok lihat kehadiran tetamu di majlis raya
Kanak-kanak hilang di rumah rakit di Bukit Rangin itu adalah seorang yang lincah, dan gembira dengan kehadiran ramai tetamu ke rumah tersebut.

Kanak-kanak tiga tahun hilang dari rumah rakit, dikhuatiri jatuh dalam sungai
Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.23 pagi yang memaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Pengusaha rumah rakit guna media sosial bangkit kembali selepas terjejas COVID-19
Ia bukan masa untuk menoleh ke belakang, sebaliknya cabaran perlu diharungi sebaik mungkin.

Terengganu lulus peruntukan RM20,000 baik pulih jalan di kawasan rumah rakit
Proses membaik pulih tersebut perlu dilakukan secepat mungkin ekoran keadaan yang boleh membahayakan pengguna.

Bajet 2022: Ambil kira pembangunan pelancongan alam semula jadi - Pengusaha rumah rakit
Pengusaha rumah rakit di kaki Gunung Bongsu berharap kemudahan asas dapat dipertingkatkan, di samping melestarikan kawasan berkenaan.

Mayat Ami Azzizol yang lemas di Tasik Kenyir ditemukan pagi ini
Mayat Ami Azzizol Abu Bakri, 22 tahun, ditemui terapung kira-kira jam 7.10 pagi.

Ketengah akan adakan perbincangan keselamatan rumah rakit
Datuk Razali Idris berkata, perbincangan dan pertemuan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

PKP: Kolam pancing, kelong, rumah rakit dibenar beroperasi bermula esok
Kerajaan membenarkan operasi kolam pancing, houseboat, pelantar pancing (kelong), rumah rakit dan bot memancing bermula esok.