KUALA TERENGGANU: Pencegahan penyakit kulit kental (LSD) di Terengganu akan terus diperkasakan menerusi aktiviti vaksinasi membabitkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Azman Ibrahim, berkata sebanyak 10 ekor lembu dikenal pasti positif penyakit kulit kental (LSD) dan dilupuskan tahun ini.
Menurut Azman jumlah tersebut adalah antara 60 ekor lembu yang disyaki positif penyakit terbabit setelah ujian klinikal dijalankan.
Penyakit LSD dikesan di negeri itu sejak Mei lepas namun kadar penularannya penyakit berkenaan masih terkawal.
"JPV sudah mempunayi SOP bagaimana untuk menguruskan kes LSD ini di antaranya lembu yang positif akan dikuarantin serta-merta.
"Kemudian proses perawatan akan dibuat dan kalau sekiranya didapati tidak lagi dapat diselamatkan, maka kaedah pelupusan dengan cara penyembelihan di rumah sembelihan Gong Badak akan dilakukan oleh pihak JPV," katanya.
Dalam pada itu Azman berkata, jumlah ternakan lembu yang direkodkan di Terengganu pada tahun 2020 meningkat kepada 85,437 ekor berbanding 79,167 ekor pada 2019 dan 87,783 ekor pada 2018.
Manakala bilangan kerbau yang diternak di negeri itu pula menurun kepada 5,085 ekor pada 2020 berbanding 8,508 ekor pada 2018 dan 8,004 ekor pada 2019.
Nur Fazlizai Ali
Wed Sep 15 2021

Sebanyak 10 ekor lembu dikenal pasti positif penyakit kulit kental (LSD) dan dilupuskan tahun ini. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mengekalkan keseimbangan kandungan air penting untuk kesihatan
Dalam menampilkan gaya hidup yang sihat, adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan kandungan air yang betul dalam kulit, bagi mengelak kesan buruk terhadap kesihatan.

Mengurus ekzema anak, apa ibu bapa perlu tahu?
Ada sesetengah individu yang dapat menangani penyakit itu dengan kesan minimum, namun ada yang akan menderita sepanjang hayat.

Ustaz Kazim sudah sihat, muka tidak lagi luka, berdarah
Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, beliau kini sudah sihat daripada penyakit kulit yang dihidapinya.

Terengganu lulus RM100,000 beli vaksin LSD
Sebanyak 10 ekor lembu dikenal pasti positif penyakit kulit kental (LSD) dan dilupuskan tahun ini.

Penduduk Orang Asli hidap penyakit kulit bersisik perlu rawatan segera - Lee
Penyakit kulit yang berpunca daripada jangkitan kulat itu boleh menyebabkan kemudaratan bagi mereka yang tidak mempunyai sistem imunisasi yang baik.

Tunaikan janji, suami Nora Danish Nedim Nazri bawa bayi ekzema dapatkan rawatan
Nedim Nazri tampil menunaikan janjinya dengan membawa seorang bayi yang menghidap ekzema kronik menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.