MARANG:Kerajaan Negeri Terengganu merancang menjadikan sukan luncur ombak sebagai acara tahunan setiap musim tengkujuh bermula tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata acara itu berpontensi menarik kedatangan pelancong di samping menyuburkan lagi sukan ekstrem itu dalam kalangan penduduk tempatan.
"Oleh kerana pantai Pulau Kekabu di sini antara tempat terbaik di Malaysia, kita bercadang untuk menganjurkan kejuaraan sukan itu di sini.
"Sekiranya COVID-19 telah reda, kita akan mengadakan program yang lebih besar tahun hadapan," katanya ketika melakukan tinjauan sempena penganjuran kejuaraan "Terengganu Monsoon Surfing 2020" di Pulau Kekabu di sini semalam.
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lepas berjaya mengumpul seramai 65 peserta tempatan termasuk dari Kedah, Johor dan Pahang.
Dalam pada itu, Ariffin berkata kedatangan pelancong ke negeri ini dijangka akan terus meningkat susulan kebenaran merentas daerah dan negeri baru-baru ini.
"Sejak minggu lepas dan semalam, saya dimaklumkan hotel-hotel di Kuala Terengganu semua penuh termasuk tempahan rumah bot di Tasir Kenyir sekarang sehingga bulan Mac tahun depan.
"Ini menunjukkan walaupun keadaan musim tengkujuh di Terengganu, ia tidak menghalang kedatangan pelancong ke negeri (ini)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020

Aksi seorang peserta yang mengambil bahagian dalam acara 'Terengganu Monsoon Surfing' di Pulau Kekabu, Marang, 19 Dis, 2020. --fotoBERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.

Terengganu rancang jadikan luncur ombak acara tahunan
Acara itu berpontensi menarik kedatangan pelancong di samping menyuburkan lagi sukan ekstrem itu dalam kalangan penduduk tempatan.

Peluncur ombak negara berjaya di peringkat akhir kejohanan di Phuket
Didaqt Musaddiq dan Suhaimi Hassan berjaya menduduki tempat keempat dalam kejohanan luncur ombak di Phuket.