Terengganu terus merekodkan peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) iaitu sebanyak 772 kes setakat Isnin (13 Ogos) sejak kes pertama mula dikesan pada 24 Jun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata ia meningkat 274.8 peratus berbanding 206 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Daripada 772 kes ini, daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 200 kes diikuti Marang (124 kes), Dungun (108), Setiu (96), Kuala Nerus (88), Besut (72), Hulu Terengganu (52) dan Kemaman (32).
"Sepanjang tempoh itu juga, 15 wabak HFMD dilaporkan di Terengganu iaitu lima di Kuala Terengganu, Setiu (dua), Marang (empat), Kuala Nerus (dua) dan masing-masing satu di Hulu Terengganu dan Besut," katanya kepada Bernama hari ini.
Penyakit HFMD paling banyak dikesan di kalangan kanak-kanak berumur lingkungan satu hingga enam tahun iaitu 679 kes diikuti bawah umur setahun (64), tujuh hingga 12 tahun (27 kes) dan masing-masing satu untuk kategori umur 13 hingga 18 tahun dan 18 tahun ke atas.
Dr Alias berkata kes HFMD dikesan paling banyak berlaku di rumah persendirian iaitu 422 kes diikuti kanak-kanak yang tinggal di taska (128), rumah pengasuh (112 kes), tadika (41), prasekolah (24), sekolah rendah (24), Tadika PASTI (17), tabika (tiga) dan madrasah (satu).
"Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah melakukan pelbagai aktiviti untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak, termasuk melakukan pemeriksaan di premis seperti rumah kediaman, taska, tadika, tabika serta sekolah rendah dan setakat ini semua premis yang diarah tutup sebelum ini sudah pun beroperasi seperti biasa.
"Jabatan turut menjalankan aktiviti disinfeksi di premis-premis tersebut selain mengambil 20 sampel untuk dianalisis dan memberikan pendidikan kesihatan dengan mengedarkan risalah, ceramah dan nasihat kepada keluarga pesakit ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 16 2018
Kes HFMD di Terengganu dikesan paling banyak berlaku di rumah persendirian iaitu 422 kes. - Gambar hiasan
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Januari - Amir Hamzah
Tahap kemajuan jajaran fasa pertama dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak selari dengan jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza
Apa cabaran untuk membangunkan semula Gaza selepas hampir keseluruhan kawasan musnah akibat dibedil rejim Zionis sejak Oktober 2023? Sejauh mana keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya demi capai kedamaian berpanjangan dan berkekalan di semenanjung itu? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Perang Dagang Global, Apa Nasib Kita?
Apa ‘plan B’ oleh Malaysia jika wujud kesan secara tidak langsung perang dagang global akibat langkah pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara? Diskusi 8.30 malam.
Ibu bapa serbu premis jual pakaian seragam sekolah RM5, tudung RM1
Sebuah premis di Jalan Telaga di Butterworth, Pulau Pinang menjual pakaian seragam sekolah serendah RM5 dan tudung RM1.
Tarif Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Lebih 10,000 gagal hadir janji temu vaksin COVID-19 di Terengganu
Lebih 10,000 individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 di Terengganu didapati gagal menghadiri sesi janji temu vaksinasi setakat ini, kata Exco Kesihatan Negeri Dr Alias Razak.
Rentas negeri punca peningkatan kes positif COVID-19 di Terengganu - Exco
Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes COVID-19 di Terengganu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak.
COVID-19: Terengganu batal penganjuran bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Terengganu hari ini mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
87 individu dikuarantin di Terengganu selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19
Seramai 87 individu dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19.
Terengganu rekod 772 kes HFMD setakat 13 Ogos
Terengganu terus merekodkan peningkatan penyakit HFMD iaitu sebanyak 772 kes setakat 13 Ogos sejak kes pertama dikesan pada 24 Jun.