Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sedang menyiapkan pelan induk untuk menjadikan Terengganu hab pelancongan berciri Islam, kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Katanya, ia menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke Terengganu terutama dari Timur Tengah, China dan Barat.
Beliau turut memberi jaminan kerajaan negeri yang baharu tidak akan melakukan perubahan drastik terhadap apa-apa program pelancongan yang telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu malah ia akan ditambah baik.
"Sebelum ini ramai pelancong asing termasuk dari Timur Tengah dan negara-negara Barat datang ke negara ini tetapi tidak ramai dari kalangan mereka yang berkunjung ke Terengganu.
"Sedangkan jika mereka mahu melihat kebudayaan masyarakat Melayu Islam di sini, keindahan pantai, pulau-pulau kita yang menarik, Terengganu sepatutnya menjadi pilihan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para penggiat industri pelancongan negeri di sini, malam tadi.
"Ini yang kita akan fokuskan nanti, bagaimana kita nak tonjolkan kapasiti pelancongan yang kita ada dapat alihkan tumpuan mereka ke Terengganu agar sektor pelancongan kita lebih maju sekali gus dapat menjadi penyumbang peningkatan ekonomi negeri dan masyarakat," katanya.
Pada majlis itu, Ahmad Samsuri mewakili negeri Terengganu menerima Anugerah Destinasi Mesra Muslim daripada Universal Crescent Standard Centre (UCSC) dengan kolaborasi Universiti Teknologi Mara.
Menyentuh kebimbangan masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaan pelan induk itu, Ahmad Samsuri berkata mereka tidak perlu khuatir kerana ia turut mengambil kira sensitiviti semua kaum di negeri ini dengan tidak mengenepikan kepentingan masyarakat bukan Islam.
"Itu hanya persepsi apabila segelintir pihak mengatakan sektor pelancongan tidak ada kaitan dengan Islam...tetapi di bawah pentadbiran PAS sama ada di Terengganu atau Kelantan, kita mempunyai tanggungjawab memperkenalkan bahawa dalam sektor ini Islam dijadikan sebagai 'guideline' (garis panduan) bagi menentukan aspek mana yang boleh dan tidak bercanggah dengan Islam (dalam sektor pelancongan).
"Pada peringkat awal mungkin mereka akan rasa pelik, tapi lama-lama selepas dapat penjelasan ia tidak menimbulkan masalah kepada pelancong bukan Islam terutama dari negara Barat," katanya.
Mengulas cakap-cakap sebelum pilihan raya umum lepas kononnya operasi panggung wayang akan dihentikan jika PAS menjadi kerajaan, beliau memberi jaminan operasi panggung wayang tidak akan dihentikan malah akan dikaji bagaimana ia dapat ditambah baik. -- Bernama
Bernama
Fri May 25 2018

Kerajaan PAS Terengganu memberi jaminan tidak akan melakukan perubahan drastik terhadap apa-apa program pelancongan yang telah dilaksanakan kerajaan BN terdahulu malah ia akan ditambah baik. - BERNAMA/Fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Terengganu sebagai hab pelancongan Islamik - MB
Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sedang menyiapkan pelan induk untuk menjadikan Terengganu hab pelancongan berciri Islamik, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.