Kerajaan Terengganu hari ini mengumumkan 10 Julai ini sebagai cuti peristiwa kepada kakitangan kerajaan negeri jika Aidilfitri disambut pada 6 Julai.
Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata cuti berkenaan diluluskan bagi memudahkan urusan dalam meraikan sambutan Hari Raya khususnya buat petugas yang bukan berasal dari negeri ini.
"Hari ini kita bersetuju mengikut keputusan kerajaan persekutuan yang mengisytiharkan Jumaat (8 Jun) ini sebagai cuti umum (jika Aidilfitri disambut pada Rabu). Jadi kita umumkan 10 Jun ini sebagai cuti umum bagi negeri Terengganu.
"Ini kerana negeri-negeri di Pantai Barat cuti pada Ahad. Dengan cuti ini memudahkan urusan mereka menyambut Hari Raya dan tidaklah mereka terkejar-kejar untuk pulang ke sini semula sekaligus mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang mengalami kecacatan fizikal, Nor Melisa Mohd Yadi di Kampung Losong, dekat sini, hari ini.
Ahmad Razif berkata Yayasan Terengganu bersetuju memberikan bantuan kepada Nor Melisa yang kini menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan kakaknya Nor Selina, 19, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau bagi mengurangkan beban perbelanjaan mereka di universiti.
"Sebelum ini Melisa dan kakaknya tidak menerima bantuan tersebut disebabkan ibunya bukan rakyat tempatan, namun bapa mereka rakyat Terengganu. Jadi setelah melihat keperluan mereka dan kesusahan yang dialami kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bantuan tersebut," katanya.
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan menggantikan kerusi roda Nor Melisa yang kini telah uzur untuk kemudahannya.
Bernama
Sat Jul 02 2016

AHMAD RAZIF: Cuti berkenaan diluluskan bagi memudahkan urusan dalam meraikan sambutan Hari Raya khususnya buat petugas yang bukan berasal dari negeri ini. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Terima kasih Malaysia ucap selamat hari lahir 'ke-29' saya - Siti Hasmah
Dr Siti Hasmah manis mengenakan baju kurung warna hijau kelihatan sibuk membaca kad ucapan hari lahir yang dikirim oleh rakyat, memotong kek dan menyantuni tetamu.

Terengganu umum cuti peristiwa 10 Julai ini
Cuti berkenaan diluluskan bagi memudahkan urusan dalam meraikan sambutan Hari Raya khususnya buat petugas yang bukan berasal dari negeri ini.

Kerajaan Johor setuju beri pelepasan khas 10 Julai kepada penjawat awam
Mohamed Khaled mengumumkan perkara berkenaan pada majlis berbuka puasa bersama media Johor di kediaman beliau di Saujana, di sini, malam ini.