KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan dan sokongan yang jelas kepadanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata kerajaan hari ini telah membawa satu Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri dan berjaya membuktikan keabsahan dukungan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
"Kini masa untuk bekerja dan menjelmakan perubahan yang didambakan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10, apabila Usul Undi Percaya terhadapnya diluluskan dengan lebih suara bersetuju pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-15 hari ini.
Keabsahan Ahli Parlimen Tambun itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, yang mengumumkan keputusan tersebut selepas undian suara dibuat sebaik 13 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selesai membahaskannya.
Terdahulu usul itu dikemukakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan disokong seorang lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022

Anwar membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10, apabila Usul Undi Percaya terhadapnya diluluskan dengan lebih suara bersetuju pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-15 hari ini. - Gambar/ Bernama

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

PM Nepal KP Sharma Oli menang undi percaya Parlimen
Oli yang mengetuai gabungan empat parti memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 275 anggota.

PM Nepal hilang majoriti sokongan dalam Parlimen
Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Jumaat.

Poland: Kerajaan pimpinan Donald Tusk peroleh undi percaya
Tusk dipilih sebagai perdana menteri baharu menerusi undian di Parlimen pada petang Isnin.

Kejayaan usul undi percaya noktahkan isu sokongan terhadap PM - Fahmi
Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diluluskan Dewan Rakyat, menoktahkan isu sokongan terhadap Ahli Parlimen Tambun itu.

Usul undi percaya bagi pastikan kestabilan kerajaan - Ahli Parlimen
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

'Terima kasih dan penghargaan atas sokongan yang jelas, tegas' - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan dan sokongan yang jelas kepadanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Undi percaya PM: PN sudah punya ketetapan, strategi
Khairil Nizam enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung dengan ketetapan tersebut.

70 Ahli Parlimen blok kerajaan bebas sokong mana-mana pihak - Penganalisis
Klausa 4(B) Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani parti-parti yang menyokong kerajaan adalah kenyataan hasrat semata-mata.

Menteri Kehakiman Poland menang undi percaya
Zbigniew Ziobro ialah Ketua Solidari Poland (SP), parti termuda dalam pakatan parti yang memerintah.

Undi percaya: DAP yakin Anwar dapat sokongan besar, harap capai dua pertiga
DAP yakin majoriti besar Ahli Parlimen akan menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual akan dibentangkan pada Dewan Rakyat 19 Disember ini.