Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak setahun lalu perlu menerima kenyataan bahawa pencarian pesawat itu pasti berakhir satu hari nanti.
Ahli Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Azmi Hassan berkata usaha mencari pesawat itu lambat laun terpaksa dihentikan kerana memakan belanja yang agak besar.
"Apabila ada pengumuman mengatakan akan mengurangkan pencarian, ramai yang dikatakan menekan, mengutuk kenyataan itu sebab isu ini begitu sensitif.
"Hakikatnya pencarian ini mesti ada titik (noktah) dan satu hari nanti kita terpaksa berhenti (mencari)," katanya ketika menjadi tetamu program 'Ruang Bicara' bertajuk 'Setahun MH370' terbitan sebuah syarikat televisyen tempatan di sini, malam tadi.
Beliau berkata tindakan itu juga diambil kerana kerajaan memikirkan tentang keluarga serta faktor masa dan kewangan yang digunakan untuk menjejaki pesawat itu.
Azmi berkata komitmen kerajaan untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat terbabit sehingga dijumpai adalah satu sikap yang amat bertanggungjawab.
Beliau berkata sejak MH370 dilaporkan hilang segala usaha dan aset negara digunakan dan Malaysia tidak bersendirian dalam usaha pencarian yang penuh mencabar itu.
"Misi pencarian yang bermula di Laut China Selatan dan kemudiannya beralih di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand.
"Dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi disertai oleh 26 negara yang semuanya mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Malaysia.
"Malangnya, apabila satu ketika kerajaan terpaksa mengumumkan insiden itu satu kemalangan, ada cakap-cakap mengatakan kerajaan mahu lepas tangan. Namun sebenarnya pengumuman itu bagi memudahkan keluarga membuat tuntutan insuran dan sebagainya," katanya.
Pada 29 Jan lepas, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat MH370 sebagai nahas (kemalangan) di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.
Pesawat itu hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 21.41 tengah malam 8 Mac 2014.
Sehingga kini, operasi mencari di dasar laut bahagian selatan Lautan Hindi, tempat ia dipercayai terjatuh, kini meliputi kira-kira 40 peratus daripada 60,000 kilometer persegi kawasan pencarian.
Kira-kira 208,000 kilometer persegi lautan telah dipetakan.
Bernama
Sat Mar 07 2015

AZMI: Keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak setahun lalu perlu menerima kenyataan bahawa pencariannya pasti berakhir satu hari nanti. -Gambar fail

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.

Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.

Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.

Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.

PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis
PRN Sabah dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang dalam PRK DUN Slim.

Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.

Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis
Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata, Zahid mempunyai 'kekuatan mental' untuk terus mengetuai UMNO.

'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'
Kerjasama PAS dan UMNO harus melibatkan kepentingan semua kaum dan bukan berasaskan Melayu dan Islam sahaja sekiranya mahu menyaingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.