SHAH ALAM: Seorang bekas ketua balai polis berpangkat Sarjan dipenjara dua bulan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah RM300.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Azli Adam, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mahkamah turut memerintahkan Mohamed Azli yang kini digantung tugas menjalani hukuman itu bermula hari ini dan akan dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan jaminan ke atasnya dinaikkan kepada RM5,000 daripada RM3,500 sebelum ini.
Mengikut pertuduhan, Mohamed Azli didakwa sebagai Ketua Balai Polis Komuniti Bandar Teknologi, Semenyih menerima wang tunai RM300 daripada seorang individu berusia 43 tahun di balai tersebut pada 14 Mac 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-keduanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman.
Seramai 18 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri memberi keterangan pada perbicaraan kes yang bermula pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
![Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653040107_TBCourtHammer.jpg)
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Azli Adam, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. - Gambar hiasan
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Lelaki 'wanted' didenda RM5,000 cuba rasuah polis Lelaki 'wanted' didenda RM5,000 cuba rasuah polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678682890_TBrasuah.jpg)
Lelaki 'wanted' didenda RM5,000 cuba rasuah polis
Lelaki itu didakwa memberi suapan wang tunai berjumlah RM200 kepada seorang koperal polis di Batu Gajah, 7 Mac lalu.
![Suap RM200 kepada polis, pemandu van kilang didenda RM10,000 dan 10 hari penjara Suap RM200 kepada polis, pemandu van kilang didenda RM10,000 dan 10 hari penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674024805_kesrasuahdiButter.jpg)
Suap RM200 kepada polis, pemandu van kilang didenda RM10,000 dan 10 hari penjara
Suapan sebagai dorongan untuk anggota polis itu tidak menahan dan menyamannya.
![Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653040107_TBCourtHammer.jpg)
Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda
Seorang bekas ketua balai polis berpangkat Sarjan dipenjara dua bulan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah RM300.
![Warga Bangladesh didenda RM10,000, rasuah pegawai polis Warga Bangladesh didenda RM10,000, rasuah pegawai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643084594_WargaBangladeshdid.jpg)
Warga Bangladesh didenda RM10,000, rasuah pegawai polis
Hossain Md Shakib mengaku bersalah memberi rasuah RM150 kepada seorang inspektor polis, tahun lalu.
![Ejen pemerdagangan manusia ditahan rasuah anggota polis di SJR Ejen pemerdagangan manusia ditahan rasuah anggota polis di SJR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628673240_SPRMMDBrasuah.jpg)
Ejen pemerdagangan manusia ditahan rasuah anggota polis di SJR
Seorang lelaki dipercayai ejen kegiatan pemerdagangan manusia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai memberi rasuah kepada anggota polis.