Terlupa membeli ikan selayang, keengganan membawa isteri berjalan-jalan antara punca yang menyumbang kepada penceraian pasangan Islam di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata punca remeh perceraian itu menyebabkan kerajaan negeri serius dalam usaha mengurang serta menangani masalah berkenaan.
Beliau berkata antara Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 1,219 kes perceraian direkodkan melibatkan pasangan beragama Islam berbanding 1,383 pasangan dalam tempoh sama tahun lalu.
"Kita mahu tangani dan kurangkan penceraian ini. Punca-punca kecil perbalahan kerana suami tidak mahu bawa berjalan, kadang-kadang sebab tak ada duit, miskin ataupun tak ada kebersamaan dan kesefahaman, ataupun kerana suami lupa beli apa yang diminta.
"Ada juga kerana keluarga ibu tidak puas hati terhadap menantu, keluarga mentua tidak puas hati dan macam-macam lagi.
"Jadi saya akan minta agensi kerajaan menilai dan kalau boleh dekati mereka yang mempunyai masalah ini untuk diberi kaunseling dengan lebih teliti," kata Mohd Nor.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan yang dikemukakan Roslee Daud (BN-Bukit Besi) pada sidang Dewan Undangan Negeri pada Ahad.
Sementara itu, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 17 kes perceraian didaftarkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu dengan 16 daripadanya membabitkan kaum Cina manakala selebihnya kaum India.
Astro Awani
Sun Nov 25 2018
Terlupa membeli ikan selayang, keengganan membawa isteri berjalan-jalan antara punca yang menyumbang kepada penceraian pasangan Islam di Terengganu. -Gambar hiasan
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
'Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip
'Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
18 tahun bersama, Fazley Yaakob sah cerai
Menurut Fazley, keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama.
'Saya masih sayangkan Fazura' - Fattah
Pelakon berusia 34 tahun itu berharap masalah rumah tangganya bersama Fazura dapat diselesaikan cara baik.
Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
Penangguhan ini bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.
‘Alhamdulillah, tenang’ - Fazura tiba di mahkamah
Fazura diiringi empat pengawal peribadi menaiki kenderaan MPV berwarna hitam manakala pengawal peribadi menaiki kenderaan Range Rover.
Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega
Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.
"Hanya Mahkamah Syariah boleh menentusahkan lafaz cerai paksa" - Peguam
Hakim Mahkamah Syariah juga akan tentukan sama ada lafaz talak berkenaan merupakan Lafaz Soreh atau Lafaz Kinayah.
Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai
Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51 diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin.