KUALA LUMPUR: Tiada pembimbing sehingga terpengaruh dengan dakyah segelintir pempengaruh media sosial bahawa boleh berjaya dan kaya tanpa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat antara faktor menyumbang kepada statistik lebih 10,000 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata golongan pelajar yang disifatkannya senang terpesong sekiranya tidak mendapat bimbingan sewajarnya, sudah terjebak dengan 'tawaran menarik' kerjaya pempengaruh sebagai satu cara mendapatkan pendapatan tanpa memerlukan sebarang kelulusan.
"Mereka ini nampak jadi pempengaruh boleh buat ulasan produk, tak perlu belajar pun boleh menjana pendapatan, tidak kurang juga ada merasakan mereka tak perlu duduki SPM kerana sudah boleh raih duit poket lumayan dengan menjadi penghantar makanan.
"Jika diikutkan memang rugi apabila persekolahan dari darjah satu hingga tingkatan lima itu berakhir begitu (tidak ambil SPM), namun dari sudut pandang mereka yang tidak minat, tidak cenderung akademik dan tiada bimbingan betul, tempoh itu hanya (sebahagian) masa yang perlu dijalani dalam hayat mereka," katanya kepada Bernama.
Noor Azimah pada masa sama mencadangkan kepada pelajar keciciran SPM supaya memberi penumpuan kepada bidang kemahiran diminati sebagai cabang alternatif mereka dalam mencipta peluang pekerjaan sendiri.
"Ramai yang tidak berkelulusan SPM menyesal kerana gaji diterima tidak boleh naik apabila (kerjaya) mereka meningkat dalam pekerjaan, sebelum ini tidak fikir panjang, sudah rasa pahit maung hidup baru faham semua ini," katanya.
Turut senada Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga Universiti Malaya Dr Abd Razak Zakaria yang menyifatkan segelintir remaja masa kini bagaikan tidak peduli tentang masa depan kerana merasakan pendidikan di sekolah belum tentu menjamin kehidupan.
"Mereka terpengaruh (kehidupan menerusi media sosial), merasakan kehidupan sudah terlalu selesa dengan apa yang mereka ada, sedangkan jika berjaya mendapat sijil SPM, laluan kerjaya dan masa depan pasti lebih berkualiti dan bermakna.
"Sepatutnya rakyat Malaysia lebih mengejar pendidikan dan menjadikannya sebagai alat untuk membina masa depan yang lebih baik, memacu negara lebih cemerlang, gemilang dan terbilang," katanya.
Abd Razak berkata kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memandang serius situasi pelajar gagal menduduki SPM dan tidak mempunyai sijil peperiksaan awam itu dengan menyifatkan ia patut ditangani segera kerana keperluan untuk mendapatkan pekerjaan adalah pengetahuan serta kemahiran.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Fouzi Singon pula menggesa KPM agar lebih terperinci dalam mengeluarkan data berkaitan ketidakhadiran pelajar bagi menduduki peperiksaan SPM supaya ia tidak menjadi isu yang dipolemikkan pihak tidak bertanggungjawab.
"Isu (tidak hadir) ini boleh berpunca daripada bermacam faktor seperti calon persendirian yang bekerja, calon berhenti sekolah akibat tidak minat atau dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin, malah calon sakit atau dimasukkan ke hospital.
"Jadi KPM kena bentang data lengkap, tak boleh lontar jumlah tidak hadir sahaja tanpa sebab dinyatakan, beri data tepat supaya tiada mana-mana pihak dipersalahkan, malah pihak sekolah juga perlu tahu punca tidak hadir dan guru, kaunselor boleh cuba bantu atasi (nanti)," katanya.
Pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2023 Isnin lepas, Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata daripada 383,685 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan awam itu, hanya 373,525 calon hadir dengan 93.5 peratus daripadanya layak mendapat sijil SPM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Noor Azimah mencadangkan kepada pelajar keciciran SPM supaya memberi penumpuan kepada bidang kemahiran diminati sebagai cabang alternatif mereka dalam mencipta peluang pekerjaan sendiri. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak yakin untuk lulus dalam peperiksaan antara faktor peningkatan calon tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.

Kejayaan MTNP membanggakan, lonjak nama institusi tahfiz - Mohd Na’im
Kejayaan cemerlang MTNP amat membanggakan beliau sekali gus melonjakkan institusi tahfiz di negara ini.

Termakan dakyah pempengaruh antara punca pelajar tidak hadir duduki SPM
Terpengaruh dengan dakyah pempengaruh media sosial bahawa boleh berjaya tanpa SPM dilihat antara faktor menyumbang kepada statistik tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Peningkatan prestasi subjek STEM SPM 2023 bakal lahirkan generasi berpacu inovasi - MOSTI
Ia adalah langkah bermakna ke arah membina rakyat Malaysia yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan berpacukan inovasi.

Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

SPM 2023: Berkat bangun seawal 4 pagi ulang kaji bantu pelajar Orang Asli peroleh 9A
Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan berkata dia dan ibu bapa menangis kegembiraan selepas menyemak keputusan secara dalam talian di rumah pagi tadi.

SPM 2023: 1,100 calon MRSM peroleh semua A - MARA
Seramai 1,100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan itu berbanding 1,006 calon pada tahun sebelumnya.

Remaja murung bangkit, raih 9A SPM
Seorang remaja yang mengalami penyakit kemurungan berjaya meraih keputusan cemerlang 9A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

SPM 2023: 11,713 calon peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.