KUALA LUMPUR:Seorang kerani akaun kerugian RM112,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pegawai bank.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku pada 2 Januari lalu apabila wanita berusia 40-an itu menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai bank.
Wanita itu diarahkan memberi maklumat akaun peribadinya selepas menyatakan ada penggunaan kad kredit yang didaftarkan atas nama mangsa.
Awalnya, mangsa yang menafikan tentang permohonan atau penggunaan kad kredit itu.
Namun, dia akhirnya terpedaya apabila suspek meyakinkannya dengan menyambungkan panggilan itu kepada pihak 'Bank Negara’.
Mangsa menyedari ditipu apabila semakan pada akaun bank miliknya mendapati sejumlah wang dipindahkan ke beberapa akaun pihak ketiga.
“Modus operandi untuk penipuan panggilan pertama itu, mangsa akan dihubungi oleh sindiket yang mengaku sebagai pegawai bank atau Bank Negara dan seringkali juga menyamar sebagai pegawai polis. Itu telah meyakinkan pihak mangsa (yang seterusnya) memberi butir-butir peribadi seperti nombor akaun dan sebagainya sehingga mangsa mengalami kerugian yang besar,” ujar Eng Lai.
Beliau juga mendedahkan tentang satu lagi kaedah penipuan iaitu melalui panggilan yang mengaku sebagai kenalan, dan seterusnya meminta bantuan kewangan,” ujarnya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes-kes yang membabitkan panggilan palsu dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati terhadap panggilan yang diterima dengan membuat penilaian dan semakan terlebih dahulu agar tidak menjadi mangsa penipuan.
Untuk rekod, sebanyak 193 laporan polis diterima melibatkan kes panggilan palsu bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2020.
Ia melibatkan jumlah kerugian lebih kurang sebanyak RM6 juta.
Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan supaya tidak terjerat dengan modus operandi digunakan sindiket.
Astro Awani
Fri Jan 15 2021
![Termasuk perangkap sindiket penipuan, kerani akaun rugi RM112,000 Termasuk perangkap sindiket penipuan, kerani akaun rugi RM112,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597453111_scam.jpg)
Mangsa wanita berusia 40-an itu menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai bank.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739099355_scmageneric.jpg)
Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.
![Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739096699_FBScam.jpg)
Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.
![Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.
![Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738681476_SCAM.jpg)
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
![Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736675655_ACPAlexsonNagaCha.jpg)
Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan susulan penahanan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan pada 8 dan 10 Jan lepas.
![Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734339236_ScamDuit.jpg)
Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
![Juruteknik rugi lebih RM444,000 terpedaya ‘job scam’ dalam talian Juruteknik rugi lebih RM444,000 terpedaya ‘job scam’ dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734686203_scamgeneric.jpg)
Juruteknik rugi lebih RM444,000 terpedaya ‘job scam’ dalam talian
Mangsa menyedari telah ditipu apabila sehingga kini belum menerima komisen seperti dijanjikan.
![Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720420389_FBScam.jpg)
Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi Facebook.
![Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736317237_TBPLKNCHINA.jpg)
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
![Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611740634_komunikasi.jpg)
Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa ditawarkan dengan pelaburan daripada sebuah syarikat dikenali Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp pada September lepas.