PUTRAJAYA: Ternakan di dalam negara didapati bebas daripada penyakit Nipah, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini.
DVS dalam kenyataan hari ini memaklumkan status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.
Penyakit Nipah adalah disebabkan oleh jangkitan virus Nipah yang boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit, udara yang dicemari dengan titisan pernafasan, rembesan dari hidung dan mulut, atau tisu dari haiwan yang terjangkit.
Menurut DVS, penyakit Nipah pertama kali dikesan di Malaysia pada 1998 melibatkan ladang babi di Perak dan merebak ke Negeri Sembilan dan kejadian itu menyebabkan kerugian besar bukan sahaja kepada penternak babi dan ekonomi negara malah, turut meragut 105 nyawa manusia.
"Usaha pembasmian secara besar-besaran melibatkan pelbagai jabatan dan agensi telah dijalankan ketika itu, dan pada awal 2001 Malaysia diisytihar bebas dari penyakit Nipah oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH)," menurut kenyataan itu.
Sehingga kini, Malaysia masih mengekalkan status bebas Nipah melalui program survelan berkala dan penyakit Nipah disenaraikan dalam Penyakit Wajib Lapor yang diwartakan di bawah Akta Binatang 1953 perkara 31 (1).
Menurut DVS survelan akan terus dijalankan untuk memastikan industri ternakan babi di Malaysia bebas daripada sebarang ancaman penyakit serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar penyakit yang bersifat zoonotik, iaitu penyakit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia itu, dapat dicegah daripada masuk ke dalam negara.
"Penternak babi adalah dinasihatkan untuk tidak menanam pokok buah-buahan di dalam dan sekitar kawasan ladang yang boleh menarik haiwan terutamanya keluang (spesies keluarga kelawar) yang berkebolehan untuk menjadi perumah semulajadi virus Nipah," menurut DVS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif. -Gambar fail/Pixabay

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.

Tiada kes baharu penyakit Nipah dikesan sejak wabak berakhir 1999 - Dr Zaliha
Tiada kes baharu penyakit Nipah dalam kalangan manusia di negara ini sejak kes terakhir penyakit itu dikesan di Malaysia pada 27 Mei 1999,

Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.

Tiba masanya Malaysia hasilkan vaksin sendiri, bangunkan pusat penyelidikan - TIDREC
Sudah tiba masanya Malaysia mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksin dan menghasilkan vaksinnya sendiri sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi ancaman penyakit berjangkit.

Malaysia lebih proaktif bendung jangkitan koronavirus berbanding SARS 2002
Berdasarkan pengalaman negara dalam mengawal kes-kes penyakit berjangkit terdahulu menjadikan Malaysia lebih bersedia.