Seramai 30 mahasiswa Kelab Media Massa Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan lawatan ke Studio Astro AWANI melalui Program AWANI Rangers UMP dalam mendapatkan pendedahan serta pengalaman mengenai dunia baharu bidang penyiaran dan kewartawanan.
Lawatan turut disertai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Dr. Mohamad Rozi Hassan.
Dalam program ini, sesi taklimat disampaikan oleh penyampai TV, Hilal Azmi dan Syed Farradino Omar yang memberi penerangan mengenai peranan Astro AWANI sebagai satu platform penyampaian maklumat yang tepat serta pantas kepada penonton.
Mereka juga berkongsi pengalaman serta panduan dalam proses mendapatkan maklumat secara berkesan.
Awani Rangers UMP merupakan satu kerjasama strategik antara Astro AWANI dan UMP untuk melatih pelajar dalam bidang kewartawanan serta pemberitaan dengan mengupas isu-isu semasa dan pengalaman kampus universiti.
Penghasilan berita itu akan diterbitkan dalam portal Astro AWANI selepas melalui proses suntingan pihak Bahagian Komunikasi Korporat UMP.
Menurut Hilal, UMP menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam penghasilan berita.
Sebagai contoh, berita bertajuk 'Jam Zaman Purba Lokasi Tumpuan Graduan' hasil nukilan Awani Rangers Nazmi Nasir, Amirul Aiman, dan Ahmad Taqiyuddin berjaya mendapat carian tertinggi selepas sebulan disiarkan di astroawani.com.
"Bagi saya, ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan apatah lagi UMP merupakan sebuah institusi yang tidak menawarkan program pengajian komunikasi dan media," katanya.
Sementara itu, bagi pengarah program, Ummi Amirah Mohamad Mansor, mereka teruja dapat mempelajari pengalaman baharu yang luar dari bidang pengajian dan paling menarik perhatian adalah studio skrin hijau yang menggunakan teknologi 'augmented reality'.
Mahasiswa turut berpeluang menyaksikan sendiri rakaman dan penyiaran dengan mengoptimumkan ruang secara optimum serta kondusif.
Tambah menyeronokkan mereka juga dapat menyaksikan sesi rakaman siaran Agenda Awani secara langsung dalam studio yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Baharin Haron bersama Prof Datuk Dr. Yuserrie dan Dr. Mohamad Rozi yang membincangkan tentang Mendepani Industri 4.0: Manfaat Peluang, Kreatif dan Inovasi.
Sesi lawatan berakhir dengan aktiviti penyampaian cenderamata serta bergambar kenangan di ruang legar Astro AWANI.
_______________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Nur Laila Afandi dan Awani Rangers UMP, Khairunnisa Zafirah Hidzir @ Azmi yang disunting oleh Bahagian Komunikasi dan Korporat.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***AwaniRangers UMP ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang.
AWANI Rangers UMP
Fri Mar 09 2018
AWANI Rangers UMP turut berpeluang menyaksikan sendiri rakaman dan penyiaran dengan mengoptimumkan ruang secara optimum dan kondusif - Foto AWANI Rangers UMP
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan