KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup lebih dua jam susulan hujan lebat di Lembah Klang sejak 5 petang tadi.
Pusat Kawalan Banjir SMART (SMART SCC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan, sistem telah kembali ke Mod 2b dan proses pembukaan terowong trafik bermula pada 9.30 malam manakala Mod 1 pada 10.10 malam.
"Sepanjang operasi, sebanyak 910,000 meter padu air telah dilencongkan dari Sungai Klang dan Sungai Ampang ke Kolam Takungan Berembang bagi mengawal aliran air Sungai Klang ke pusat bandar raya," menurut kenyataan itu.
SMART SCC telah mengaktifkan operasi banjir untuk Mod 2 pada 6.51 petang apabila aliran air di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 70 meter padu sesaat (m3/s).
Seterusnya SMART SCC mengaktifkan operasi banjir untuk Mod 3 pada 7.13 malam setelah aliran air di pertemuan di Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 150 m3/s.
Semasa operasi mod itu, proses penyuraian dan penutupan terowong trafik dilaksanakan oleh SMART MCC.
"Petugas JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) di SMART SCC telah berjaya menjalankan tugas sepertimana SOP (Prosedur Operasi Standard) dan berjaya menangani risiko banjir dari berlaku," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022

Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup lebih dua jam susulan hujan lebat di Lembah Klang sejak 5 petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.

Terowong SMART ditutup bagi persediaan operasi banjir
Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Terowong SMART dibuka semula hari ini
Terowong Lebuhraya SMART kini dibuka semula kepada laluan trafik bermula pukul 7 pagi tadi.

RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?
Astro AWANI mendedahkan status terkini RTB berkenaan yang terletak di kawasan PULAPOL Kuala Lumpur di Jalan Semarak, di sini.

Lebuhraya SMART dibuka semula petang tadi
Lebuhraya SMART dibuka semula sepenuhnya kepada lalu lintas bermula 6.37 petang tadi selepas ditutup sejak pukul 4 petang Khamis lepas.