SHAH ALAM: Sekumpulan 50 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sebuah dewan di Taman Sri Muda di sini terpaksa menulis S.O.S di tingkap dewan bagi mendapatkan bantuan selepas terperangkap selama tiga hari akibat banjir.
Richmond Linus, 32, berkata isyarat kecemasan itu ditulis pada malam kedua dan setelah bantuan tidak kunjung tiba mereka menulis 'FOOD' menggunakan pita pelekat di atas bumbung dewan dengan harapan ada helikopter melihat tulisan itu.
Menceritakan detik cemas itu, Richmond berkata kemeriahan majlis perkahwinan adiknya di sebuah dewan bertukar suasana apabila paras air naik dengan begitu cepat menyebabkan kesemua 50 ahli keluarganya terperangkap.
Lebih mencemaskan apabila bekalan makanan dan minuman kehabisan pada malam kedua, mereka yang terdiri daripada dua bayi, 10 warga emas dan selebihnya orang dewasa, terperangkap.
"Hari kedua, makanan sudah habis, kita pun tulis S.O.S besar-besar dan letak dekat tingkap.
"Tapi bantuan tidak sampai, jadi saya dan yang lain pakai pita pelekat tulis 'FOOD' di atas bumbung bangunan, harapnya ada helikopter nampak," katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa melihat keadaan keretanya yang rosak di sini.
Menurut Richmond, apabila bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba, dia dan tujuh ahli keluarganya mengambil inisiatif untuk keluar, bertaruh nyawa untuk mencari bekalan makanan agar ahli keluarga lain tidak kelaparan.
"Kami lapan orang berenang guna pelampung...restoran sebelah bagi (makanan) tapi tidak cukup sebab mereka pun ada ramai pekerja," katanya.
Selepas tiga hari dua malam, keluarga itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mereka dibawa keluar menggunakan bot.
"Semua dah keluar, ada dekat rumah adik beradik dekat-dekat sini...tetamu semua dah okey tapi kami tak tahu nak ucap tahniah macam mana dekat pengantin, semua rasa bersalah," katanya dalam nada berseloroh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021

Isyarat kecemasan itu ditulis pada malam kedua dan setelah bantuan tidak kunjung tiba mereka menulis 'FOOD' menggunakan pita pelekat. -Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.