KUALA LUMPUR:Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menyuntik dana lagi kepada Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan ia bergantung sepenuhnya kepada pemilik tunggalnya, Khazanah Nasional Bhd untuk menyelesaikannya.
“Kami telah secara konsisten menyatakan bahawa ini adalah perkara yang Khazanah perlu menyelesaikannya.
“Kementerian Kewangan (MoF) tidak akan menyuntik apa-apa tunai atau modal (lagi) kepada syarikat penerbangan melalui Khazanah. Oleh itu, Khazanah (sebagai pemilik tunggal) perlu merangka langkah sendiri untuk memastikan kelangsungan Malaysia Airlines,” katanya dalam program Breakfast Grille stesen radio BFM hari ini.
Ditanya sama ada MoF akan memberi sebarang jaminan kepada MAB dan sama ada kerajaan akan menutup syarikat penerbangan itu, katanya : “Pada masa ini, kami tidak melihat sebarang sokongan daripada kerajaan.
“Ia terpulang kepada Khazanah sebagai pemilik tunggal Malaysia Airlines. Saya tidak pernah cakap akan menutup Malaysia Airlines.”
Reuters pada Rabu melaporkan bahawa syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG), telah mengingatkan syarikat pajakan bahawa Khazanah akan berhenti membiayai kumpulan itu, memaksanya kepada proses penutupan jika perbincangan mengenai penstrukturan semula dengan pemberi pajakan tidak berjaya.
BACA: "Malaysia Airlines sudah tidak boleh dibaiki" - Pakar
Ingatan daripada MAG, meningkatkan kepentingan dalam rundingan untuk penyusunan semula kewangan dikenali sebagai "Plan A" dan menetapkan pelan alternatif untuk mengalihkan dana kepada syarikat penerbangan sekutu, Firefly, menurut surat yang dilihat oleh Reuters.
Sebelum ini, Khazanah melihat kepada kemungkinan penggabungan dengan syarikat penerbangan lain, termasuk dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, sejak tahun lepas, tetapi tidak berjaya.
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan industri penerbangan dengan pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia menutup operasi atau berdepan muflis berikutan pintu sempadan ditutup dan pesawat tidak dibenarkan berlepas.
Sementara itu, penganalisis penerbangan Endau Analytics, Shukor Yusof dilaporkan berkata MAB perlu dibubarkan berikutan ia tidak dapat diselamatkan lagi.
“Malaysia Airlines sudah lama berdepan dengan masalah dan sukar untuk ditangani. Dengan penularan COVID-19, kewangan syarikat itu semakin sukar untuk diatasi.
“Sejak tragedi MH370 dan MH17, Malaysia Airlines telah mengalami kesukaran untuk meningkatkan jenama mereka. Prestasi syarikat semakin merosot dan Malaysia Airlines sememangnya mempunyai isu legasi sejak bertahun lamanya.
“Kita perlu akur bahawa Malaysia Airlines mempunyai masalah yang besar dan pada pendapat saya, kita bubarkan Malaysia Airlines,” katanya kepada Astro Awani.
Industri penerbangan dijangka kehilangan AS$84.3 bilion pada 2020 untuk margin keuntungan bersih sebanyak -20.1 peratus, manakala perolehan akan merosot 50 peratus kepada AS$419 bilion daripada AS$838 bilion pada 2019, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam prospek kewangannya untuk pengangkutan udara global, IATA berkata bagi 2021, kerugian dijangka berkurangan kepada AS$15.8 bilion berikutan perolehan meningkat kepada AS$598 bilion.
“Dari segi kewangan, 2020 akan menjadi tahun paling sukar dalam sejarah penerbangan. Pada purata, setiap hari pada tahun ini akan menambah AS$230 juta kepada kerugian industri. Secara keseluruhannya, kerugian itu sebanyak AS$84.3 bilion,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020
ZAFRUL: 'Kami telah secara konsisten menyatakan bahawa ini adalah perkara yang Khazanah perlu menyelesaikannya.' - Gambar fail
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.