PELAKON Shahiezy Sam berpendapat bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza untuk menilai filem lakonannya yang berjudul La Luna.
Sam atau nama lengkapnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 41, berkata dia menerima setiap pandangan penonton dengan hati yang terbuka.
"Setiap pandangan manusia berbeza-beza, ustaz dan pendakwah juga ada pandangan mereka. Jadi pandangan siapa yang kita nak ambil dan guna pakai?
“Kalau bercakap tentang niat buat sesuatu perkara, hanya Allah yang tahu niat tersebut.
"Berbalik kepada seseorang individu itu bagaimana dia kaitkan dengan kehidupan sendiri atau orang lain atau dengan agama.
"Saya terima pandangan semua orang," katanya ketika ditemui Gempak.
Sam berkongsi perkada itu ketika ditemui pada sidang media Program Ramadan Astro 2024 yang diadakan di M Resort @ Hotel Kuala Lumpur, pada Khamis.
Melanjutkan bicara, suami kepada aktres Syatilla Melvin itu turut berkata dia mengetahui tentang isu filem tersebut ketika mengerjakan umrah di Mekah baru-baru ini dan sempat meminta pandangan daripada beberapa rakan ustaz ketika di Tanah Suci.
"Saya ada borak dengan ustaz-ustaz di Mekah, sebab ketika saya dengar isu itu timbul saya sedang di Mekah.
“Saya tanyakan pandangan mereka, mereka dah tengok dan kata tiada apa pun.
"Terpulang pada hati nak hukum filem itu bagaimana. Tapi ramai yang datang pada saya cakap filem itu seronok.
"Tapi saya sendiri sangat enjoy dengan filem ini kerana antara filem yang saya gemar.
"Fikiran saya tidak sampai ke tahap liberal atau nak mengetepikan agama. Saya sendiri beragama Islam dan saya bukan liberal," tambahnya.
Sementara itu, apabila disoal mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan semakin banyak filem didakwa berunsur liberal, Sam menjawab tugas tersebut akan dipantau oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).
"Terus terang, perkara sebegitu saya sendiri berasa segan. Tetapi macam saya sebagai seorang pelakon dan beragama Islam, saya ada garis panduan yang diikut.
"Kadang-kadang saya punyai kajian dalam berlakon itu terhadnya sebagai pelakon sahaja. Saya pun bukan orang yang cerdik pandai dalam agama.
"Jadi saya punya kajian tentang sesuatu filem adalah sebagai pelakon, tetapi ada satu lapisan lagi yang saya rasa selamat bila ada LPF.
"Oleh itu, saya tak rasa LPF akan lepaskan filem yang tidak elok ditonton oleh peminat tanah air," tambahnya lagi
Untuk rekod, sebelum ini filem La Luna hangat diperdebatkan di media sosial setelah didakwa mempunyai unsur liberal dan soft porn.
Selain Sam, filem ini turut dibintangi oleh Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Namrom, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin dan ramai lagi. -Gempak
Gempak
Fri Mar 01 2024

Shaheizy Sam berkata dia menerima setiap pandangan penonton dengan hati yang terbuka. -Gempak

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Apa kesudahan 'Takdir Itu Milik Aku'? Jom layan dua episod akhir malam ini
Takdir Itu Milik Aku lakonan mantap Shaheizy Sam dan Emma Maembong itu bakal membakar adrenalin penonton menerusi episod akhirnya nanti.

'Terpulang pada hati' - Shaheizy Sam ulas kontroversi filem La Luna
Shaheizy Sam Ulas Isu Filem La Luna Yang Dikatakan Ada Unsur Soft Porn - Terpulang Pada Hati Nak Hukum Filem Itu Bagaimana-

Shaheizy Sam nekad boikot semua entiti terlibat dengan Israel
Menurut Sam, langkah itu diambil bagi membantu dalam bersolidariti terhadap rakyat Palestin dan Gaza, selain sebagai kecaman terhadap perbuatan kejam rejim zionis.

'Allah jaga semua' - Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tunai umrah lagi, tinggalkan 3 anak
Syatilla yang memuat naik foto mereka bersama cahaya mata di lapangan terbang meminta agar semua mendoakan perjalanannya.

Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!
Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kini berjaya mengaut RM54 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh Malaysia.

#PE3: Mantap boh! Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi
Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan mengambil gambar kenangan bersama mural istimewa ini.

Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor
Siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.

Kutip RM45 juta, penonton puji Polis Evo 3 sudah layak ke tahap antarabangsa
Polis Evo 3 mencetuskan satu fenomena dalam dunia perfileman apabila karya arahan pengarah Syafiq Yusof kini sudah meraih kutipan RM45 juta!

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Polis Evo 3 kutip RM41 juta selepas 12 hari tayangan
Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dikutip dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.