KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M Yahya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan status Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bugaya selepas darurat ditamatkan.
Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah membuat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN berkenaan susulan kematian penyandangnya Allahyarhamah Datin Manis Muka Mohd Darah pada 17 Nov tahun lepas kerana sakit buah pinggang.
"SPR telah menetapkan tarikh PRK, namun dibatalkan dan ditangguhkan kerana pengisytiharan darurat di kawasan itu sehingga suatu masa dianggap sesuai (untuk diadakan pilihan raya). Ini terserah kepada SPR dan yang menentukan bila (pilihan raya) hanya SPR," katanya dalam sidang media di sini, pada Khamis.
Pada November tahun lepas, SPR telah menetapkan PRK DUN Bugaya dan Parlimen Gerik di Perak diadakan serentak pada 16 Jan tahun ini, namun terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan selari dengan Proklamasi Darurat di kawasan itu bagi mengekang penularan COVID-19.
Pada 16 Dis, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua PRK itu.
Dalam kenyataan itu, perdana menteri berkata Seri Paduka bertitah demikian selepas memperhalusi penjelasan beliau yang menyembah maklum nasihat jemaah menteri berhubung perkara itu.
Pada 12 Januari pula, Seri Paduka memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 di Malaysia.
Mengulas lanjut, Kadzim berkata, beliau belum pasti sama ada tempoh pengisytiharan darurat bagi kawasan Bugaya itu tamat pada 1 Ogos atau sebaliknya memandangkan ia merupakan pengisytiharan yang berasingan.
"Saya tidak tahu sama ada ia terikat dengan pengisytiharan darurat seluruh negara (atau tidak) kerana jika diikutkan pengisytiharan (darurat DUN Bugaya) adalah sendirian bersama dengan (Parlimen) Gerik.
"Tetapi, kalau terikat (dengan pengisytiharan darurat seluruh negara) bermakna ia tamat pada 1 Ogos. Jika tidak terikat bermakna masih darurat. SPR kena tentukan sama ada (kawasan DUN Bugaya) masih dalam darurat atau tidak," katanya.
Dalam pada itu, Kadzim berkata mengikut perlembagaan, terdapat keperluan mengadakan PRK bagi DUN Bugaya memandangkan kerusi tersebut baru sahaja kosong dan belum sampai tempoh tiga tahun.
"(Sekiranya) tempoh sudah tiga tahun (kerusi DUN Bugaya) baru kosong, mengikut perlembagaan tidak perlu PRK tapi ini (DUN Bugaya) masih setahun. Jadi keperluan untuk mengadaan PRK masih terikat, kita mesti adakan juga tidak boleh elak.
"Bagaimanapun, ia tertakluk kepada nasihat dan pandangan pihak kesihatan (Kementerian Kesihatan) sama ada selamat, sesuai (atau tidak) untuk mengadakan PRK sekarang. Itu terserah dengan keputusan kementerian yang berkuasa dan terserah kepada SPR untuk mengadakan perbincangan," katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 September tahun lepas, Manis Muka yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah berjaya mempertahankan kerusi DUN Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas memperoleh 8,557 undi.
Manis muka yang bergiat aktif dalam bidang politik sejak 1985, menewaskan enam pencabar lain termasuk calon Perikatan Nasional Mohd Daud Tampokong yang hanya memperoleh 2,552 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021

Datuk Kadzim M Yahya menyerahkan kepada SPR untuk menentukan status PRK bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bugaya. - Gambar fail/BERNAMA

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Kemenangan BN di DUN Mahkota: Cara kempen berubah, ceramah sudah 'tak laku' - Penganalisis
Kemenangan dengan majoriti lebih 20,000 adalah sesuatu yang luar biasa walaupun untuk negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO.

Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.

PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.

PRK Mahkota: Keputusan dijangka seawal 9 malam ini - SPR
SPR menjangkakan lebih 60 peratus peratusan keluar mengundi kali ini, berbanding 57 peratus pada pilihan raya sebelum ini.

PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.

PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.

PRK Mahkota: Polis buka satu kertas siasatan
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini.

PRK Mahkota: Pusat mengundi awal dibuka
Proses pengundian awal yang melibatkan 4,510 tentera dan pasangan serta 401 polis akan berlangsung sehingga 5 petang ini.