Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa tertuduh warga Vietnam Doan Thi Huong yang didakwa membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, ditahan polis ketika berada di dalam kereta Uber, dua hari selepas kematian Kim Chol.
Pegawai Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang Inspektor Husny Hussein berkata perkara itu dimaklumkan oleh anggota Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang kemudiannya membawa Doan ke balai polis itu.
"Pada 15 Februari 2017, saya menerima maklumat bahawa seorang wanita warga Vietnam, Doan yang ketika itu dipercayai terbabit dengan kes pembunuhan dibawa ke balai polis klia2.
"Selepas menerima maklumat itu, saya bersama empat anggota lagi pergi ke klia2 untuk membuat tangkapan terhadap wanita itu.
"Saya diberitahu bahawa wanita itu sedang berada di dalam kereta Uber yang tidak mempunyai pemandu ketika diambil oleh anggota polis di sana. Mereka (anggota polis balai polis KLIA 2) membawa dia ke balai untuk siasatan lanjut.
"Saya dan anggota menahan wanita itu dan membawanya ke IPD Sepang," katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.
Saksi ke-17 itu berkata, sebaik sahaja melihat wanita itu, beliau mendapati dia (Doan) sama dengan imej wanita yang melakukan serangan terhadap Kim Chol seperti terpapar dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Saya melihat wanita itu dan membuat perbandingan dan dia sama dengan rupa paras dan bentuk badan wanita yang berada di dalam CCTV itu.
"Seterusnya saya dan anggota menangkap wanita itu dan merampas beg berwarna biru dan putih berjenama Dior serta kasutnya.
"Selepas membuat laporan polis saya menyerahkannya kepada pegawai penyiasat ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz pada jam 6 petang," katanya.
Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan kes warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan Doan, 28, yang didakwa bersama empat lagi masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2, pada 9 pagi, 13 Feb lepas.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan, menyatakan anak guamnya (Doan) tidak menyerang Kim Chol sehingga meninggal dunia, saksi itu menjawab "tidak pasti".
Hisyam: Apa yang dibuat oleh Doan adalah satu 'prank' (aksi gurauan)?.
Husny: Saya tak tahu.
Hisyam: Saya mengatakan Doan pergi ke klia2 pada 15 Feb 2017 adalah untuk berjumpa Mr Y bagi tujuan membuat video prank?
Husny: Tak tahu.
Saksi ke- 18, Sarjan Shamsul Bahrin Abdullah, 42, yang bertugas di Balai Polis klia2 pula memberitahu bahawa Kim Chol membawa sejumlah wang yang banyak dalam pelbagai mata wang asing termasuk 1,240 keping mata wang US$1,000.
Beliau berkata, pada 13 Feb 2017pada 12.30 tengah hari, beliau yang berada di pejabat pentadbiran Balai Polis klia2 menerima maklumat daripada kaunter aduan berhubung satu kematian di Hospital Putrajaya.
"Saya dimaklumkan bahawa mangsa yang merupakan seorang lelaki sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari klia2 ke Hospital Putrajaya. Saya kemudian terus pergi ke Jabatan Kecemasan hospital itu.
"Setibanya di sana saya ditunjukkan mayat si mati yang berada di atas pengusung beroda dan ditutup dengan kain putih. Saya membuat pemeriksaan secara rambang terhadap si mati yang badannya gempal atau berisi," katanya.
Shamsul Bahrin berkata, dia ditunjukkan pasport atas nama Kim Chol serta barangan peribadi lain milik si mati oleh kakitangan hospital itu.
"Saya melihat kakitangan hospital itu sedang memeriksa barangan si mati. Saya lihat ada cermin mata, beberapa mata wang asing, pakaian, dua telefon bimbit jenama Nokia dan Iphone, komputer riba jenama Dell, cincin dan rantai leher berwarna kuning, ubat-ubatan, seluar pendek, seluar denim, kemeja T, topi, seluar dalam, stokin, dompet, pencukur, pengecas telefon bimbit dan minyak wangi.
"Semua barangan itu diserahkan kepada saya dan kemudiannya disimpan di dalam peti besi milik Ketua Balai Polis Daerah (IPD) Sepang. Terdahulu, saya juga memaklumkan perkara itu kepada Ketua Balai Polis klia2, ASP Awang Adnan dan Timbalan Ketua Polis klia2, Superintendan Zulkifli Adam Shah," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung 27 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2017

Sebaik sahaja melihat Doan (gambar), saksi ke-17 berkata, beliau mendapati dia sama dengan imej wanita yang melakukan serangan terhadap Kim Chol seperti terpapar dalam rakaman CCTV. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Wanita Vietnam dikaitkan pembunuhan Kim Jong-nam tulis pesanan peribadi
Pesanan Doan Thi Huong yang ditulis atas sehelai kertas berukuran A4 dibacakan kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Doan datang ke Malaysia sebulan sebelum Jong-nam dibunuh - Peguam
Wanita Vietnam Doan Thi Huong difahamkan datang ke Malaysia dari Vietnam bersama dua suspek lelaki sebulan sebelum Kim Jong-nam dibunuh.