MADU kelulut, lada, gula apong, ikan terubuk masin dan telurnya yang mempunyai nilai keaslian dan keunikan tersendiri adalah antara produk-produk makanan tempatan yang bakal diperoleh di Jeddah, Arab Saudi.
Ia berikutan inisiatif strategik Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang akan mengetengahkan produk-produk tempatan Sarawak yang premium dan berpotensi besar melalui penganjuran Sarawak Week, bertempat di Husam Waksa Foodmarket Sdn Bhd, Jeddah pertengahan April depan.
Usaha yang dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada kerjasama strategik di antara TERAJU, Jabatan Perdana Menteri dan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), USM melalui program Sustainable Marketing for Community (SMART Community) di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Sarawak 2020.
DPUB Sarawak 2020 merupakan sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Third Rolling Plan (RP3) yang bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat melalui sistem kerjasama Quadruple Helix Model yang melibatkan agensi kerajaan, insitusi pendidikan, rakan industri, dan orang awam.
Dengan mengadaptasi model ini, ianya telah memberi impak yang positif kepada usahawan Bumiputera yang mana produk komuniti keluaran tempatan telah berjaya dipasarkan bukan sahaja di peringkat domestik malah telah menembusi pasaran antarabangsa seperti Arab Saudi, Jepun, China dan Amerika Syarikat.
Menurut Ketua program SMART Community, Syed Yusof Syed Kechik; “Kedai Asia merupakan entiti pertama perniagaan Malaysia yang berjaya membuka ruang perusahaan runcit di Menara Jam Abraj Al-Bait di Mekah.
“Pemilihan rakan strategik ini dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang Kedai Asia yang telah menerima anugerah Export Award daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2017 dan anugerah Social Enterprise oleh Perdana Menteri Malaysia.
Tambahnya, Kedai Asia yang merupakan kedai runcit milikan pertama anak Malaysia di Arab Saudi dan Negara Teluk bukan sahaja mempunyai kedai secara fizikal, malah turut menjalankan perniagaan secara atas talian melalui aplikasi pintar. Selain itu, margin penjualan produk Sarawak yang ditempatkan di Kedai Asia telah meningkat sebanyak 68.1 peratus kepada aliran pendapatan semasa Husam Waksa Sdn Bhd.
Husam Waksa Sdn. Bhd. membuka cawangan pertamanya berhampiran dengan Konsulat Malaysia di Jeddah melalui usaha kerjasama dengan Mohamad Garah yang juga rakan kongsi saya dalam bidang perniagaan makanan sejak tahun 2008.
Dengan keluasan lantai 430 kaki persegi, cawangan pertama Kedai Asia bermula dengan 87 jenis SKU produk dari Malaysia dan kini telah melebihi 1000 jenis SKU. Selain mempunyai pasar mini, Husam Waksa Sdn Bhd selaku pengasas Kedai Asia turut mempunyai sembilan akaun di pasaraya utama sekitar Arab Saudi dan turut menjadi pengedar produk halal Malaysia ke pasaran Timur Tengah melalui pasaraya utama seperti Bindawood, Manuel, Danube dan lain-lain semenjak tahun 2008 secara konsisten sehingga kini.
Mengulas lanjut mengenai penganjuran Sarawak Week di Arab Saudi, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Md Silmi Abd Rahman pula berkata, projek yang memfokuskan kepada keterangkuman wilayah dan inklusif Bumiputera B40 di Sarawak ini memberi manfaat kepada lebih daripada 233 orang usahawan Bumiputera yang berpendapatan rendah (B40) idi Sarawak.
“Ini adalah selaras dengan Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB 2030) naskah Pembangunan Bumiputera sedekad akan datang yang dibangunkan TERAJU dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) yang memfokuskan sektor keusahawanan sebagai antara usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat secara amnya, sekaligus memanfaatkan ekosistem keusahawanan yang ditawarkan oleh kerajaan sebaiknya.”
Dalam pada itu, Sarawak Week akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Hj Abd. Latiff bin Ahmad pada 16 April depan. Turut akan hadir ke majlis ini adalah Konsul Jeneral Malaysia di Arab Saudi, ‘Alauddin Mohd Nor; Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE, Faizalkhan Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Md Silmi Abd Rahman; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Prof Dato’ Ir Dr Abdul Rahman Mohamed dan Pengarah Jaringan Komuniti BJIM, Syed Yusof Syed Kechik.
Kenyataan Media
Tue Apr 12 2022

Madu kelulut, lada, gula apong, ikan terubuk masin dan telurnya yang mempunyai nilai keaslian dan keunikan tersendiri adalah antara produk-produk makanan tempatan yang bakal diperoleh di Jeddah, Arab Saudi.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Keberkesanan Teraju diteliti semula - Rafizi
Teraju dan agenda bumiputera sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan sebanyak RM135 juta diperuntukkan untuk organisasi ini bagi 2023.

Syarikat tempatan digesa manfaatkan peluang di semua rantaian pelaksanaan 5G - Teraju
Teraju mengesa syarikat telekomunikasi tempatan untuk memanfaatkan peluang di sepanjang rantaian dalam pelaksanaan kemudahan 5G di Malaysia.

ProtectHealth, Teraju tandatangani MoU promosikan kesedaran PeKa B40
Sehingga kini hanya 567,956 orang daripada kumpulan B40 telah menyertai dalam program itu.

KITA PRIHATIN: Penternak tiram di Tuaran nikmati faedah
Penternakan tiram antara sektor yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat di Tuaran, Sabah.

Kerajaan komited jadikan Bumiputera bangsa usahawan - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan komited memupuk budaya keusahawanan secara bersepadu melalui peranan pelbagai agensi.

DKB: Teraju mohon dana tambahan RM10 bilion menerusi RMK-12
Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Md Silmi Abd Rahman berkata, jumlah tersebut meliputi sebanyak RM2 bilion sebagai bajet tahunan dalam tempoh lima tahun.

Teraju sedia peruntukan RM100 juta untuk DKB
Mohd Redzuan berkata, sektor keutamaan tambahan lain di Wilayah Koridor pula meliputi minyak dan gas, logistik serta ruminan di Sabah dan Sarawak.

Teraju bantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor - Mustapa
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan membantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor yang diceburi mereka, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Agensi Pembangunan Strategik dicadang ganti Teraju - Mukhriz
Mukhriz berkata ia akan melakar strategi melaksana agenda bumiputera lebih baik daripada kerajaan terdahulu.