JIKA anda melayari laman sosial pada ketika ini, anda pasti menyedari akan cabaran #10yearschallenge yang menjadi trending di laman Instagram, Twitter dan Facebook.
Apa itu #10yearschallenge?
Ia adalah cabaran yang dilakukan oleh pengguna laman sosial untuk memuat naik gambar perubahan mereka pada ketika ini dan 10 tahun yang lalu.
Cabaran ini menjadi tular apabila ramai selebriti dan individu berpengaruh mengikuti cabaran tersebut dengan memuat naik gambar mereka sehinggakan cabaran tersebut menjadi fenomena dunia.
Mungkin sesetengah daripada anda beranggapan bahawa cabaran ini hanyalah perkara biasa yang berlaku di media sosial dan tidak mendatangkan bahaya kepada diri anda.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa cabaran ini merupakan satu agenda yang mungkin akan mengundang perkara yang berbahaya di masa hadapan?
Pengasas laman web teknologi KO Insight, Kate O'Neil mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter peribadinya bahawa cabaran tersebut mungkin merupakan salah satu daripada taktik syarikat-syarikat tertentu untuk mengumpul data peribadi pengguna tanpa mereka sedari.
Menurut beliau, cabaran tersebut mungkin membolehkan pihak tertentu untuk melatih A.I (Kecerdasan Buatan) dan mengumpul data pengiraan pengecaman wajah (“facial recognition algorithm”) atau secara mudahnya untuk mengesan perubahan seseorang individu daripada segi perkembangan usia.
Tanpa kita sedari cabaran tersebut telah memudahkan pihak tertentu untuk mengumpul set data tersebut secara tepat kerana pengguna laman sosial telah memuat naik gambar terkini mereka dan 10 tahun yang lalu.
Hal ini mungkin berbahaya kepada pengguna laman sosial kerana mereka terdedah kepada ancaman pencerobohan data peribadi mereka.
Anda mungkin tidak mengetahui sejauh mana keupayaan teknologi pengecaman wajah ini berfungsi, tetapi teknologi ini telah membantu banyak kes di New Delhi, India di mana teknologi ini membantu dalam mencari kanak-kanak hilang.
Hampir 3,000 anak-anak yang hilang berjaya dikesan di negara tersebut pada tahun lepas kerana penggunaan teknologi berkenaan.
Sekiranya teknologi ini disalah guna, ia boleh membantu pihak tertentu untuk mengesan seseorang dengan pantas dengan hanya bermodalkan gambar mereka.
Berikutan kebimbangan orang ramai mengenai isu ini, Facebook di Twitter mengeluarkan kenyataan balas kepada editor laman Wired, Nicholas Thompson bahawa #10YearChallenge adalah meme yang dimulakan oleh pengguna laman sosial sendiri dan ia tidak melibatkan pihak Facebook sama sekali.
Kenyataan balas tersebut masih membimbangkan kerana sebelum ini Facebook pernah terlibat dengan skandal penjualan maklumat pengguna kepada syarikat lain.
Walaupun belum pasti akan kesahihannya, pengguna laman sosial perlu berhati-hati dalam berkongsi sebarang maklumat di laman sosial kerana anda mungkin boleh terdedah dengan ancaman siber.
Afiq Ariffin
Wed Jan 16 2019
#10yearschallenge adalah cabaran yang dilakukan oleh pengguna laman sosial bagi memuatnaik gambar perubahan mereka pada ketika ini dan 10 tahun yang lalu. -Astro AWANI
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
[TERKINI] PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna teknologi AI
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengakui bahawa beliau hampir menjadi mangsa penipuan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan meniru suara seorang pemimpin asing.
Na’imah Mohon Rujuk Undang-Undang Kes Isytihar Harta
Mahkamah menetapkan 18 Februari depan untuk keputusan sama ada Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, balu bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, boleh merujuk isu perundangan pertuduhannya ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Azura Alwi membuat ketetapan ini selepas mendengar hujahan daripada peguam bela yang mewakili Na’imah sebagai pemohon dan pihak pendakwaan sebagai responden.
Hakim Azura Alwi membuat ketetapan ini selepas mendengar hujahan daripada peguam bela yang mewakili Na’imah sebagai pemohon dan pihak pendakwaan sebagai responden.
Teruja buat #10yearschallenge? Hati-hati kerana...
Jika anda melayari laman sosial pada ketika ini, anda pasti menyedari akan cabaran #10yearschallenge yang menjadi trending di laman Instagram, Twitter dan Facebook.