KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu padu dalam melakar kejayaan yang lebih bermakna buat negara di tahun baharu.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ingin melihat Malaysia yang aman, maju dan sejahtera pada tahun 2024.
"Tahun 2024 bakal membuka sebuah lagi episod baharu berisikan hasrat sebuah kemakmuran dan kehidupan yang lebih bermakna.
"Saya berazam untuk terus komited memikul tanggungjawab yang diamanahkan," katanya menerusi video yang dimuat naik ke akaun Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam amanat sempena tahun baharu 2024 menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan ideologi untuk meletakan iltizam ke arah mengukuhkan lagi perpaduan.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata perpaduan menjadi kunci utama kepada keharmonian kaum, kesejahteraan rakyat dan negara serta kemakmuran negara.
"Sesungguhnya asas kekuatan sesebuah negara adalah perpaduan pelbagai lapisan masyarakatnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
"Ini penting supaya tidak ada lagi yang bermain politik, sebaliknya semua fokus ke arah pemulihan ekonomi, membangunkan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat apa lagi dalam kita mendepani ketidaktentuan ekonomi global dan ketegangan geopolitik dunia yang semakin mencabar," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Beliau berkata negara telah melalui 2023 dengan keadaan politik yang lebih stabil dan urus tadbir pentadbiran lebih lancar di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bergelut dengan ketidaktentuan politik pasca Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan negara dipimpin oleh tiga Perdana Menteri dalam tempoh kurang empat tahun.
"Semua ini adalah berkat kerjasama dan sokongan semua. Terima kasih rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
AHMAD ZAHID: Tahun 2024 bakal membuka sebuah lagi episod baharu berisikan hasrat sebuah kemakmuran dan kehidupan yang lebih bermakna. -Gambar fail/Bernama
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.