Polis Negeri Sembilan berharap momentum sepanjang tempoh berkempen dalam keadaan aman selama 14 hari dapat diteruskan sehingga tamat proses membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, parti-parti yang bertanding serta penyokong yang hadir perlu elakkan daripada melakukan provokasi terutama kepada pengundi.
“Saya menyeru kepada parti-parti yang bertanding dan penyokong kerana kita telah merayakan 14 hari berkempen dengan aman.
“Saya harap momentum ini dapat dikekalkan dan jangan timbulkan provokasi semasa pengundi hadir ke pusat pembuangan undi,” katanya pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media semasa melakukan pemantauan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Rantau.
Tambahnya, proses membuang undi berjalan lancar dengan kekuatan dan atur gerak yang dirancang secukupnya.
“Kekuatan dan atur gerak telah dilakukan dengan secukupnya. Keselamatan para pengundi pada hari ini akan terjamin dan kita minta semua pengundi keluar awal untuk mengundi pada hari ini.
Dalam pada itu, Mohd. Rosli turut memaklumkan kertas undi awal telah disimpan dengan selamat tanpa sebarang permasalahan dari segi simpanan kawalan dan sebagainya.
“Kami bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan semua peti peti undi tersimpan dengan selamat,” katanya.
Sahlizah Mohamed
Sat Apr 13 2019
![Terus kekalkan keamanan pada hari mengundi Terus kekalkan keamanan pada hari mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61555120733_TBPOLISROSLI.jpg)
ROSLI: Proses membuang undi berjalan lancar dengan kekuatan dan atur gerak yang dirancang secukupnya. - Astro AWANI/Sahlizah Mohamed
![K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738798311_TBlemas.jpg)
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
![Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
![Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Jenayah: Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Tiga pemandu van sekolah ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di kawasan parkir di hadapan Plaza Flamingo, Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 29 Jan lepas.
Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata dua anjing pengesan itu, Lady dan Grouse dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh pasukan penyelamat di air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Dewan Rakyat: Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus hari ini
Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani isu geopolitik dan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![Tiga maut nahas dua kenderaan Tiga maut nahas dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637551506_TBeksiden.jpg)
Tiga maut nahas dua kenderaan
Kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok tengah pembahagi lebuh raya sebelum berpusing melanggar Perodua Bezza di lorong kiri.
![PRK Rantau: Proses pengundian berjalan lancar - Polis PRK Rantau: Proses pengundian berjalan lancar - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555161714_Polis.jpg)
PRK Rantau: Proses pengundian berjalan lancar - Polis
Polis memberikan kawalan ketat terhadap semua pergerakan peti undi yang akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di SJKC Bandar Sri Sendayan, dekat sini untuk pengiraan undi.
![Terus kekalkan keamanan pada hari mengundi Terus kekalkan keamanan pada hari mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61555120733_TBPOLISROSLI.jpg)
Terus kekalkan keamanan pada hari mengundi
Parti-parti yang bertanding serta penyokong yang hadir perlu elakkan daripada melakukan provokasi terutama kepada pengundi.