SEREMBAN: Tiada lagi amaran, sebaliknya tindakan saman akan terus dikenakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan terhadap pembeli dan peniaga yang didapati menjalankan aktiviti menjaja di persimpangan jalan atau pun mana-mana jalan raya di negeri ini.
Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perbuatan itu kerana ia boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya.
Jelas beliau, beberapa program advokasi terhadap peniaga atau penjaja jalanan telah diadakan pihaknya sebelum ini bagi memberi peringatan.
"Program advokasi ini adalah amaran terakhir kita. Setakat ini tiada lagi laporan kemalangan melibatkan penjaja jalanan, namun kita terima rungutan orang awam yang mengatakan kehadiran penjaja ini mengganggu aliran trafik.
"Ia bukan saja berlaku di Seremban tapi juga di Port Dickson terutama di lokasi lampu isyarat yang banyak kenderaan," katanya pada sidang akhbar selepas Program Advokasi Penjaja Jalanan di Jalan Rasah di sini pada Selasa.
Menurutnya, merujuk kepada Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, tiada sesiapa pun boleh menjual atau menawarkan untuk menjual benda atau pun barang kepada mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas kenderaan di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.
Tambah beliau, bagi Kaedah 10A(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pula menyatakan tiada sesiapa pun yang berada di dalam atau di atas kenderaan boleh membeli benda atau barang daripada mana-mana orang di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.
"Bagi kesalahan tersebut, penjual atau penjaja dan pembeli boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan," katanya.
Selain itu Hanif Yusabra berkata, terdapat 10 lokasi utama persimpangan lampu isyarat yang menjadi tumpuan penjaja jalanan menjalankan perniagaan mereka di sekitar daerah ini.
Sehubungan itu katanya, JPJ meminta penjaja jalanan merujuk kepada pihak berkuasa tempatan(PBT) untuk mendapatkan nasihat berhubung lokasi dan syarat lesen yang berkaitan bagi tujuan menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang betul.
"Segala aspek perundangan perlu dipatuhi agar tidak menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.
"JPJ memandang serius kesalahan yang melibatkan penjaja jalanan. Beberapa siri advokasi yang dijalankan sebelum ini diharap dapat menjadi satu panduan dan peringatan," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 11 2022
Hanif (kanan) memberi advokasi kepada penjaja jeruk mangga di Jalan Rasah pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Kemasukan UK buka akses ke pasaran utama eksport - PM
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
SEZ Johor-Singapura, eratkan integrasi dalam ASEAN
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Syria benarkan PBB bentuk zon penampan dengan Israel
Syria bersedia untuk untuk menerima kemasukan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membentuk zon penampan dengan Israel.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia juga akan melakukan apa sahaja dalam mencapai hal tersebut termasuk melakukan libat urus secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat (AS), selain memanfaatkan hubungan baik dengan Mesir dan Hamas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.
Polis Putrajaya keluarkan 36 saman Op Ambang Tahun Baharu 2025
ASP Khairulrahman berkata operasi bermula kira-kira 11 malam tadi sehingga 3 pagi ini di dua lokasi iaitu Persiaran Utara dan Jambatan Gemilang.
Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.
JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024
Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera.
Trump saman akhbar Iowa, firma tinjauan dakwa campur tangan pilihan raya
Donald Trump memfailkan saman terhadap sebuah akhbar di Iowa dan firma tinjauan berhubung ramalan salah yang diterbitkan.
Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.
Arm dan Qualcomm ke mahkamah selesaikan isu royalti
Arm menyaman Qualcomm kerana menggunakan kadar bayaran royalti lebih rendah dalam rekaan CPU Oryon yang dibangunkan oleh Nuvia.