KUCHING: "Terus dan lengkapkan projek pembekalan solar hibrid di sekolah-sekolah di Sarawak."
Itu rayu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam satu majlis di Kuching pada Khamis.
Menurutnya, tidak wajar hak yang sewajarnya dinikmati masyarakat luar bandar Sarawak tergadai oleh kerana isu seperti ini.
"Saya melihat kes tersebut timbul daripada kontrak yang berlaku di negeri Sarawak yang kosnya lebih daripada RM1 billion.
"Saya kurang pasti sama ada projek tersebut sudah berjalan sepenuhnya atau dilaksana sepenuhnya. Tetapi sekiranya ia belum tamat lagi, harapan kita adalah untuk projek itu dijalankan kerana niat asal projek itu adalah untuk membekal lampu-lampu elektrik kepada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman," katanya.
Untuk rekod, kes rasuah yang mensabitkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah berkaitan projek rundingan terus pembekalan solar hibrid untuk 369 sekolah di pedalaman Sarawak yang bernilai lebih RM1 billion.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
"Tiada siapa di negara ini yang imun atau kebal daripada undang-undang.
"Jika mahkamah mendapati seseorang individu itu bersalah, beliau perlu menjalani hukuman, selaras dengan prinsip 'rule of law," tegas Abdul Karim merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, yang memutuskan Rosmah bersalah dalam tiga pertuduhan yang dihadapinya.
"Ini menunjukkan bahawa di Malaysia the rule of law is in practice. Tidak memilih sesiapa seseorang itu walaupun beliau adalah seorang Perdana Menteri ataupun bekas Perdana Menteri. Ataupun bekas First Lady.
"Itu tidak bermaksud you are immune from the law. From the long harm of the law. If it in an offence it is an offence," katanya..
Tegasnya lagi, keputusan mahkamah tersebut seharusnya membuka mata penjawat awam di negara ini agar sentiasa menyemai dan menerapkan nilai integriti dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanah.
Abdul Karim ditemui media selepas merasmikan sambutan kuih bulan antara budaya di Kuching.
Astro Awani
Fri Sep 02 2022

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tidak wajar hak yang sewajarnya dinikmati masyarakat luar bandar Sarawak tergadai oleh kerana isu seperti ini. - Astro AWANI

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

'Teruskan projek solar hibrid, tidak wajar hak masyarakat luar bandar Sarawak dinafikan'
Tidak wajar hak yang sewajarnya dinikmati masyarakat luar bandar Sarawak tergadai oleh kerana isu seperti ini.