KOTA TINGGI: Polis percaya suspek tetak empat ahi keluarga dalam kejadian sebelum berbuka puasa di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili pada Khamis masih berada di Johor.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek yang berusia 38 tahun merupakan pekerja di sebuah ladang nanas.
"Kami yakin suspek masih bersembunyi di Johor dan jika ada tangkapan kami akan maklumkan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.
BACA: Polis buru lelaki tetak empat sekeluarga ketika waktu berbuka puasa
Kejadian pada jam 7.11 malam Khamis itu berlaku ketika empat beranak tersebut menunggu waktu berbuka puasa sebelum suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk dan menetak ahli keluarganya itu dengan menggunakan parang.
Suspek yang berasal dari Felda Air Tawar 3 menetak isterinya berusia 30-an dan ibu mentua berusia 50-an serta dua adik iparnya masing-masing seorang lelaki berusia 16 tahun dan perempuan berusia 30-an.
Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, dua anak suspek berusia lima dan dua bulan selamat dalam kejadian itu manakala motif serangan masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta denda atau sebat.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Apr 17 2022
Suspek yang berusia 38 tahun merupakan pekerja di sebuah ladang nanas. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Suspek kes tetak empat ahli keluarga diberkas
Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai menahan suspek jam 11.50 pagi.
Tetak ahli keluarga: Polis percaya suspek masih di Johor
Suspek yang berusia 38 tahun merupakan pekerja di sebuah ladang nanas.