Seorang buruh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis selepas didapati bersalah membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, dua tahun lalu.
Tertuduh, Shahrul Pitri Jusoh, 37, turut dikenakan hukuman penjara selama enam tahun bagi kesalahan cubaan membunuh dan enam tahun penjara bagi tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
Hakim Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah sebaliknya pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan.
Anselm Charles berkata, selepas meneliti keterangan pakar perunding forensik dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, beliau mengesahkan tertuduh waras semasa melakukan perbuatan tersebut.
Terdahulu, dalam rayuan terhadap anak guamnya, peguam bela T. Ellanggovan memohon agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadap tertuduh memandangkan dia sedang menyara seorang ibu berusia 80 tahun.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan berkata hukuman gantung sampai mati adalah wajar untuk kesalahan bunuh dan memohon hukuman setimpal bagi kesalahan lain.
BACA: Kelar mati tiga beradik di Teluk Intan, lelaki berdepan hukuman gantung
Anselm Charles kemudian menjatuhkan hukuman gantung sampai mati dan penjara selama 12 tahun terhadap tertuduh bermula tarikh dia ditangkap pada 17 Mei 2018.
Mengikut pertuduhan, Shahrul Pitri didakwa atas tiga tuduhan berasingan membunuh Nur Zia Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zafrill Mohd Fadzil, 3, dan Muhammad Faqih Zahirulhaq Mohd Fadzil, 5.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah Projek Bantuan Bina Rumah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (Maipk) di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, Teluk Intan antara jam 2.30 hingga 2.40 petang 17 mei 2018.
Tiga pertuduhan ini dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesekaaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut didakwa cuba melakukan bunuh menggunakan parang terhadap ibu tiga kanak-kanak itu, Zuraidah Mat Ali, 37, di tempat dan masa yang sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut seksyen 307 kanun keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua puluh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Bagi tiga lagi pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Zuryn Faziera Mohd Fadzil, 11, dan Nur Aina Umaira Subri, 12, serta Redhuan Embi, 34, di dua lokasi berasingan di titi pondok dan jalan hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad antara pukul 2.15 petang hingga 2.45 petang hari sama.
Tiga pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan, tiga kanak-kanak maut manakala empat parah selepas ditetak lelaki dipercayai kurang siuman dalam kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, Bagan Datuk.
Aida Aziz
Thu Aug 06 2020

Tiga pertuduhan ini dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesekaaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."

Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.

Ketua ajaran sesat Kenya didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak
Mackenzie arah pengikut-pengikut agar mereka dan anak-anak mereka berlapar sehingga mati dalam usaha mengejar syurga.

Duda didakwa bunuh anak kekasih berusia 2 tahun
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Serai Permai antara 11 hingga 13 Oktober lalu.

Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.

Pemandu e-hailing dituduh bunuh kanak-kanak lelaki 4 tahun
Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal bulan ini.

Dua beranak didakwa bunuh, pengabaian
Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu.

Tetak mati tiga beradik kanak-kanak, lelaki dihukum gantung
Seorang buruh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis selepas didapati bersalah membunuh tiga kanak-kanak.