Persatuan Pengusaha Teksi Dan Kereta Sewa Kuala Lumpur menggesa kerajaan segera menyatakan pendirian mengenai perkhidmatan aplikasi Uber dan Grab.
Presidennya, Datuk Aslah Abdullah memberitahu, penggunaan aplikasi ini seolah-olah mengembalikan kewujudan teksi sapu yang cuba dibanteras kerajaan sejak awal tahun 70-an.
"Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan (LPKP) yang ditubuhkan sekitar 1958 berusaha untuk membanteras kegiatan teksi sapu.
"Sekitar 1970-an, tiada lagi teksi sapu di sekitar Kuala Lumpur dengan penguatkuasaan yang dibuat LPKP ketika itu," katanya ketika ditemui Astro AWANI di pejabatnya pada Selasa.
Menurutnya, undang-undang serta peraturan yang dikeluarkan untuk pemandu teksi sebelum ini adalah untuk memudahkan penguatkuasaan di samping sah di sisi undang-undang.
Bagi Aslah, penggunaan aplikasi seperti Uber menggalakkan kewujudan pengusaha teksi tanpa lesen.
"Kalau kerajaan nak luluskan Grab atau Uber, buatlah undang-undang cepat.
"Kami pun boleh ikut kalau dah ada peraturan tertentu untuk penggunaan aplikasi macam tu. Bukan susah pun," katanya lagi.
Jelasnya, pihak kerajaan diminta berbincang bersama pemain industri sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya yang melibatkan kepentingan rakyat.
Sebelum ini, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar membuat kejutan dengan menjadi pemandu uber dalam usaha mempromosi perdana baharu dan bagi mengutip dana kebajikan
Salah seorang penumpangnya, Datin Orked Ahmad berkongsi perbualannya dengan Wahid melalui Whatsapp di akaun Faceboknya yang mengatakan,
"Ia adalah sesuatu yang saya ingin lakukan sejak awal, tetapi tidak dapat berbuat demikian sebagai seorang menteri, malah ketika itu, kerajaan masih belum memutuskan tentang peraturan operasi perkhidmatan teksi Uber. "
Ia sekali gus memberi gambaran bahawa perkhidmatan berkenaan sudah mendapat kelulusan daripada kerajaan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan.
Hilal Azmi
Tue Jun 21 2016
![Tetapkan pendirian berhubung penggunaan Uber Tetapkan pendirian berhubung penggunaan Uber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466516029_Aslah.jpg)
ASLAH: Penggunaan aplikasi seperti Uber menggalakkan kewujudan pengusaha teksi tanpa lesen.
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Enggan guna e-hailing - sikap negatif jadi punca - Aslah Enggan guna e-hailing - sikap negatif jadi punca - Aslah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466516029_Aslah.jpg)
Enggan guna e-hailing - sikap negatif jadi punca - Aslah
Keadaan tersebut menyebabkan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdepan cabaran dalam usaha menggalakkan pemandu teksi menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar itu.
![Tetapkan pendirian berhubung penggunaan Uber Tetapkan pendirian berhubung penggunaan Uber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466516029_Aslah.jpg)
Tetapkan pendirian berhubung penggunaan Uber
Datuk Aslah Abdullah memberitahu, penggunaan aplikasi ini seolah-olah mengembalikan kewujudan teksi sapu yang cuba dibanteras kerajaan sejak awal tahun 70-an.
![Tiada mogok teksi hari ini - Presiden PERPEKLI Tiada mogok teksi hari ini - Presiden PERPEKLI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61459240612_ProtesTeksiPavillion.jpg)
Tiada mogok teksi hari ini - Presiden PERPEKLI
Tiada mogok yang akan diadakan oleh pemandu teksi di ibu kota pada hari ini, Presiden PERPEKLI.
![Tunggu pengumuman SPAD, tetapan meter baru harus diteruskan? Tunggu pengumuman SPAD, tetapan meter baru harus diteruskan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61357984252_295x200.jpg)
Tunggu pengumuman SPAD, tetapan meter baru harus diteruskan?
Proses tetapan meter yang sudah bermula sejak pengumuman kenaikan kadar tambang teksi pada Khamis pastinya kini akan menjejaskan pelbagai pihak.
![Pemandu teksi merungut keluar belanja sendiri tetapan meter baru - Perpekli Pemandu teksi merungut keluar belanja sendiri tetapan meter baru - Perpekli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61357984252_295x200.jpg)
Pemandu teksi merungut keluar belanja sendiri tetapan meter baru - Perpekli
Pemandu teksi di sekitar ibu kota merungut kerana terpaksa membelanjakan sehingga RM100 untuk tetapan meter tambang baru yang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).