KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah bagi membantu mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah itu.
Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata penstrukturan bayaran haji tersebut boleh membantu bakal jemaah haji, terutama golongan B40 untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu walaupun kurang berkemampuan.
Beliau berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu memandangkan ia perlu mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak.
"Secara kasarnya ada jemaah haji muassasah, ada jemaah haji pakej swasta. Jemaah haji pakej swasta ini adalah mereka yang berkemampuan yang tidak perlu bantuan kewangan manakala golongan jemaah haji muassasah ada pelbagai kategori termasuk golongan berpendapatan rendah.
"Memang kami mengambil kira perkara ini dan kami mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk ahli ekonomi, akademik, ejen pelancongan dan juga kerajaan sama ada perlu membuat satu lagi struktur bayaran haji yang berbentuk bersasar untuk melihat dari segi kemampuan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk 'Memahami Isu Kos, Bantuan dan Bayaran Haji' di sini malam tadi.
Dalam program itu, Syed Saleh turut menafikan peningkatan kos menunaikan haji bagi jemaah muassasah pada tahun ini disebabkan masalah kewangan dihadapi TH memandangkan pihaknya telah mengumumkan agihan keuntungan kepada pendeposit sekali gus menunjukkan kedudukan kewangannya berada dalam keadaan baik.
Beliau berkata peningkatan kos menunaikan haji tidak berkait dengan kedudukan kewangan TH, sebaliknya ia lebih kepada faktor inflasi, percukaian dan perkhidmatan lain di Arab Saudi.
Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata kos haji adalah adalah kos keseluruhan untuk jemaah mengerjakan ibadah itu merangkumi bayaran haji dan bantuan kewangan haji, dan ia dipecahkan kepada kos langsung dan tidak langsung.
"Kos langsung adalah kos perlu dibayar bagi mengerjakan haji seperti penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan bas serta perkhidmatan disediakan Arab Saudi manakala kos tidak langsung adalah perkhidmatan dan kemudahan disediakan TH secara percuma kepada jemaah seperti penerbitan buku, kursus haji, bayaran petugas serta perkhidmatan kesihatan dan lain-lain.
"Bantuan kewangan haji adalah bayaran ditanggung oleh TH untuk seorang jemaah manakala bagi bayaran haji pula adalah bayaran perlu ditanggung jemaah untuk menunaikan ibadah itu," katanya.
Ditanya mengenai jangkaan jumlah kos dan bayaran haji untuk tahun ini, Syed Saleh berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Menurutnya, ketika ini TH sedang menunggu kerajaan Arab Saudi untuk mengumumkan jumlah kuota bilangan jemaah Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan ibadah itu pada musim ini.
Pada 9 April lepas, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji 1443Hijrah/2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.
Kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.
Antara kriteria ditetapkan adalah jemaah perlu berumur di bawah 65 tahun dan telah melengkapkan vaksin COVID-19 asas yang diluluskan Kementerian Kesihatan Arab Saudi selain wajib menyerahkan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Untuk rekod, tahun lepas Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah bagi membantu mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah itu. - Gambar fail/Astro AWANI

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan
Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan komitmen penyertaan mereka dalam Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas dan penipuan pakej haji yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung selama 35 tahun
Baharin Osman dapat melihat hasil daripada disiplin menabung apabila mereka sekeluarga, 14 orang kesemuanya, dapat menunaikan haji pada musim ini, 1445H/2024M.

Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.

Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.

TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.

TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.

TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.

TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000
Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.

Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.

Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.