MEKAH: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyifatkan cadangan Kementerian Pengangkutan berhubung pembinaan terminal khas untuk jemaah haji dan umrah mampu memberi kesan positif dalam melancarkan urusan jemaah.
Malah, Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ia merupakan kesinambungan kemudahan yang diperoleh jemaah haji Malaysia sebelum ini.
“Setakat ini belum ada lagi mana-mana negara yang mempunyai terminal khas seperti ini dan untuk Makkah Route Initiative, hanya ada tujuh negara yang menerima kemudahan tersebut.
“Justeru, cadangan seperti ini akan dibincangkan secara teliti di peringkat kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH, di Mekah.
Sebelum ini Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi cadangan agar satu terminal khas untuk jemaah haji dan umrah di Kuala Lumpur diwujudkan.
Antara lain, katanya, kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji dan umrah.
Ia sekali gus membantu melancarkan penerbangan dari Jeddah atau tempat lain dari Arab Saudi terutama jika tiba musim haji yang memerlukan lebih banyak penerbangan tambahan.
Fokus utama dalam perbincangan tersebut termasuk kemudahan tambahan kepada jemaah umrah Malaysia.
Menurut Anthony, dengan pembinaan terminal khas tersebut, kerajaan Malaysia berharap pelepasan imigresen Arab Saudi diperluaskan kepada jemaah umrah setiap tahun.
Ujarnya, perkara tersebut akan mampu direalisasikan dengan segera bagi membantu jemaah dari Malaysia.
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada Makkah Route Initiative yang kini memasuki tahun keenam, yang menyelaraskan pengalaman perjalanan mereka dengan memastikan perkhidmatan pengurusan dan penandaan bagasi yang lancar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkhidmatan itu menghapuskan keperluan menunggu untuk menuntut bagasi di Arab Saudi, membolehkan pemindahan terus bagasi ke penginapan di Mekah dan Madinah.
Azlinariah Abdullah
Fri May 24 2024
![TH sambut baik cadangan bina terminal khas jemaah haji, umrah TH sambut baik cadangan bina terminal khas jemaah haji, umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716544407_tbTabungHajiSyed.jpg)
Syed Saleh (tengah) berkata, ia merupakan kesinambungan kemudahan yang diperoleh jemaah haji Malaysia sebelum ini. -Foto ihsan Tabung Haji
![Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739199991_TBNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda peragaan itu di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
![Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718353729_HajiMalaysia.jpg)
Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.
![Lagi 9 penerbangan belum masuk Arab Saudi, pesawat terakhir tiba 9 Jun ini Lagi 9 penerbangan belum masuk Arab Saudi, pesawat terakhir tiba 9 Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716544407_tbTabungHajiSyed.jpg)
Lagi 9 penerbangan belum masuk Arab Saudi, pesawat terakhir tiba 9 Jun ini
Syed Saleh berkata, 91 penerbangan atau 91 peratus penerbangan sudah sampai di Tanah Suci dengan 50 adalah penerbangan sewaan khas AMAL oleh MAS dan baki 41 pula menerusi Saudi Airlines, Saudia.
![Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717748990_NoormadiahMatAli.jpg)
Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia
Kematian lelaki berusia 71 dan 53 tahun itu masing-masing disebabkan kegagalan buah pinggang dan sumbatan pembuluh darah di perut serta jangkitan kuman pada paru-paru.
![Thailand mahu tiru TH simpan tabungan untuk jemaah Thailand mahu tiru TH simpan tabungan untuk jemaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717460506_tabunghaji.jpg)
Thailand mahu tiru TH simpan tabungan untuk jemaah
Buat masa ini Thailand belum lagi melaksanakan inisiatif seperti itu untuk bakal dhuyufurrahman mereka.
![Petugas haji diseru terus berusaha tingkat kualiti perkhidmatan, imej TH Petugas haji diseru terus berusaha tingkat kualiti perkhidmatan, imej TH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717375007_PerondaTH.jpg)
Petugas haji diseru terus berusaha tingkat kualiti perkhidmatan, imej TH
Mereka diseru supaya terus berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya terhadap jemaah serta imej TH.
![Pusat rawatan TH di Mekah tempa sejarah, pertama dapat permit lulus operasi Pusat rawatan TH di Mekah tempa sejarah, pertama dapat permit lulus operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717327003_PusatrawatanLembag.jpg)
Pusat rawatan TH di Mekah tempa sejarah, pertama dapat permit lulus operasi
Kelulusan permit ini disifatkan satu pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah haji Malaysia di Mekah.
![21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf 21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715160957_kaabahhajiarabs.jpg)
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
![62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru 62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686631784_SyedSaleh.jpg)
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
![Jemaah haji diingatkan jaga kebersihan, kekalkan imej baik negara Jemaah haji diingatkan jaga kebersihan, kekalkan imej baik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716339821_SyedSaleh.jpg)
Jemaah haji diingatkan jaga kebersihan, kekalkan imej baik negara
Kebersihan maktab turut mencerminkan kemabruran haji seseorang sebagai tetamu Allah selain ia amat dituntut dalam agama.
![Kerja 24 jam tanpa bayaran, Sahabat Maktab sanggup bantu jemaah haji Kerja 24 jam tanpa bayaran, Sahabat Maktab sanggup bantu jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716683253_programSahabatMakt.jpg)
Kerja 24 jam tanpa bayaran, Sahabat Maktab sanggup bantu jemaah haji
Walaupun perlu berkorban masa dan tenaga, kesemua mereka bertekad menyantuni tetamu Allah dengan sebaiknya seperti yang dilakukan petugas TH.