KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan inisiatif bantuan kewangan haji secara bersasar kepada golongan yang memerlukan selaras hasrat kerajaan untuk menstruktur semula subsidi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, institusi itu juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat melalui media, media sosial dan sesi libat urus tentang kepentingan konsep kemampuan atau istitaah.
“Seramai 67 jemaah B40 dan M40 telah menolak bantuan kewangan haji yang layak diperoleh sebagai Dhuyufurrahman pada musim haji 1444H, sebaliknya membayar kos penuh haji kerana berpegang kepada syarat istitaah atau kemampuan dalam kewajipan menunaikan ibadah itu.
“Selain itu, seramai 396 jemaah B40 dan M40 pula mengambil inisiatif mengurangkan kebergantungan mereka terhadap bantuan kewangan haji, dengan membuat pembayaran tambahan antara RM1,000 hingga RM12,000 berbanding bayaran haji minima yang dikenakan,” katanya ketika menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Sementara itu Mohd Na’im menjelaskan, peningkatan kos haji terdedah kepada faktor di luar kawalan TH termasuk kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi, pertukaran mata wang ringgit berbanding Riyal dan Dolar Amerika Syarikat serta projek pembesaran yang berterusan di Mekah dan Madinah.
Oleh yang demikian beliau berkata, TH telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos haji dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang untuk penerbangan, penginapan, sajian makanan serta beberapa perkhidmatan di Arab Saudi.
“Dengan cara ini, harga dapat ditetapkan untuk satu tempoh masa dan tidak dinaikkan setiap tahun.
“TH telah memberikan bantuan kewangan haji kepada jemaah sejak 2001 dan telah menambah baik mekanisme ini secara bersasar bermula tahun 2022.
“TH akan meneruskan bantuan kewangan haji kepada yang benar-benar memerlukan bagi menunaikan rukun Islam kelima ini,” jelasnya.
Dalam pada itu beliau berkata, kadar bantuan haji ditetapkan berdasarkan kategori pendapatan individu dan bukan isi rumah.
Justeru katanya, dasar klasifikasi pendapatan jemaah haji yang terpilih mengikut kategori B40, M40 dan T20 berasaskan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan maklumat data penerima bantuan kerajaan yang ada.
"TH juga mengambil maklum usaha kerajaan membina pangkalan data utama iaitu PADU (Sistem Pangkalan Data Utama) yang akan menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah dalam usaha menyalurkan secara adil dan bersasar.
"Untuk itu sekiranya diberikan ruang dan peluang, TH akan mempertimbangkan cara baharu untuk menambah baik proses mengklasifikasikan bakal jemaah haji bagi tujuan pemberian bantuan kewangan haji bersasar, selari dengan hasrat kerajaan," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 24 2023

Mohd Na'im menjelaskan, peningkatan kos haji terdedah kepada faktor di luar kawalan TH. - Foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

TH, Saudia Airlines meterai perjanjian penerbangan sewa khas lima tahun
Lembaga Tabung Haji memeterai perjanjian dengan syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas untuk membawa jemaah haji negara ke tanah suci.

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.

Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im
Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Karnival PJH tawar pakej haji ekonomi di bawah RM55,000
Karnival PJH yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di sini menawarkan pakej haji ekonomi dengan harga di bawah RM55,000.