BANGKOK: Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Dalam satu kenyataan bersama, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah melahirkan rasa puas hati dengan hubungan baik yang telah lama terjalin dan menegaskan semula komitmen mereka untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam bidang yang saling menguntungkan seperti kerjasama politik, ekonomi, pertukaran rakyat dengan rakyat, perubahan iklim dan pembangunan serantau.
"Kedua-dua negara mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, industri halal, pelancongan, ekonomi digital dan pertukaran rakyat dengan rakyat melalui mekanisme dua hala sedia ada, termasuk Suruhanjaya Kerjasama Dua Hala (JCBC), sesi kedua yang akan dihoskan Brunei tahun ini," kata kedua-dua pemimpin hari ini.
Kedua-dua pemimpin juga melahirkan rasa puas hati dengan hasil lawatan itu dan menggesa agensi berkaitan untuk menggunakan sepenuhnya mekanisme dua hala sedia ada bagi memastikan pelaksanaan yang konkrit.
Sultan Hassanal yang tiba di sini Ahad (28 April), dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Thailand atas jemputan Srettha. Semasa lawatan rasmi itu, Baginda Sultan diiringi Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.
Sementara itu, bagi kerjasama ekonomi, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus bekerjasama rapat bagi menggalakkan kerjasama ekonomi yang memberi tumpuan kepada perdagangan, keselamatan makanan, kerjasama halal, pelancongan, pelaburan dan ekonomi digital.
Srettha dan Sultan Brunei juga bersetuju untuk menggalakkan hubungan perdagangan dua hala yang lebih erat dengan mewujudkan mekanisme di peringkat dasar untuk menentukan pelan tindakan konkrit bagi menggalakkan kerjasama perdagangan dan ekonomi dua hala serta menugaskan agensi berkaitan untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.
Kedua-dua pemimpin mengulangi kepentingan kerjasama Industri Halal melalui penyelarasan rapat antara Pusat Industri Halal Thailand di bawah Kementerian Industri Thailand dan agensi berkaitan Brunei, seperti Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan serta Kementerian Hal Ehwal Ugama.
"Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk meneroka Memorandum Persefahaman mengenai Industri Halal dan Pembangunan serta Promosi Eksport Halal bagi mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang ini," menurut kenyataan bersama itu.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dana Pencen Kerajaan Thailand (GPF) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA) dan MoU kedua ialah Kerjasama Pelancongan antara Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Brunei.
Kedua-dua pemimpin juga menggalakkan lebih banyak pertukaran lawatan antara sektor kerajaan dan swasta di semua peringkat untuk mengekalkan momentum positif dalam hubungan dua hala.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024

Srettha dan Sultan Brunei juga bersetuju untuk menggalakkan hubungan perdagangan dua hala yang lebih erat dengan mewujudkan mekanisme di peringkat dasar. - Gambar Astro AWANI
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.