JAKARTA: Thailand pada Khamis memulangkan tiga orang utan Sumatera iaitu Nobita dan Shizuka berusia tujuh tahun serta Briant berusia empat tahun, ke Indonesia, negara asal mereka.
Nobita dan Shizuka, daripada spesis orang utan Sumatera yang juga dikenali sebagai Pongo abelii, diselamatkan polis Thailand pada 2016 semasa operasi menentang perdagangan haram hidupan liar di Thailand.
Brian, seekor orang utan jantan, diselamatkan daripada perdagangan haram hidupan liar dan diserahkan kepada pihak berkuasa hidupan liar Thailand pada 2019.
Ketiga-tiganya yang sebelum ini di bawah jagaan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kho Pratubchang di Ratchaburi, diangkut melalui udara dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang.
"Penghantaran pulang tiga orang utan yang dirampas di Thailand itu merupakan komitmen bersama antara Indonesia dan Thailand dalam usaha memerangi perdagangan haram hidupan liar," kata Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Siti Nurbaya.
Dalam satu kenyataan beliau berkata ketiga-tiga orang utan ini merupakan kumpulan kelima yang dibawa pulang dari Thailand, menjadikan jumlah keseluruhan 71 orang utan dibawa pulang sejak 2006.
Ketiga-tiganya diterbangkan ke Jambi, Sumatera, awal pagi tadi untuk dijaga sementara di Pusat Kuarantin Persatuan Zoologi Frankfurt dan dipantau Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Jambi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023

Semua orang utan itu diselamatkan dalam operasi membanteras perdagangan haram hidupan liar di Thailand. - Gambar hiasan
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Thailand hantar balik Nobita, Shizuka, Briant ke Indonesia
Thailand pada Khamis memulangkan tiga orang utan Sumatera iaitu Nobita dan Shizuka berusia tujuh tahun serta Briant berusia empat tahun, ke Indonesia, negara asal mereka.

Henti perdagang, status hidupan liar Malaysia dan Asia Tenggara kritikal
Percaya atau tidak, selain mempunyai sumber hidupan liar, Malaysia juga dikategorikan sebagai transit utama untuk hub perdagangan hidupan liar di peringkat antarabangsa.