PHANG NGA: Thailand menyasarkan untuk menjana hasil pelancongan sebanyak 3 trilion Baht (RM386 bilion) pada 2024, berikutan pencapaian tahun lepas sebanyak 1.2 trilion Baht.
Menurut Timbalan Gabenor bagi Komunikasi Pemasaran di Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Nithee Seeprae, negara itu mencatatkan lebih 28 juta ketibaan antarabangsa tahun lepas, menyumbang kepada hasil sebanyak 1.2 trilion Baht.
"Untuk tahun ini, TAT telah menetapkan sasaran hasil pelancongan sebanyak 3 trilion Baht, termasuk 1.92 trilion Baht daripada jangkaan 35 juta ketibaan antarabangsa pada 2024 dan 1.08 trilion Baht daripada 200 juta perjalanan domestik," katanya semasa sesi taklimat kepada peserta Thailand Travel Mart Plus (TTM+) 2024 pada Rabu.
TTM+ adalah acara tahunan perniagaan ke perniagaan (B2B) utama Thailand dalam industri pelancongan, yang bertujuan menyediakan platform bagi perniagaan pelancongan untuk berhubung dan menjalankan urus niaga.
Selain itu, Nithee menyatakan bahawa dari 1 Jan hingga 31 Mei tahun ini, Thailand menerima lebih 14 juta ketibaan antarabangsa dan menjana pendapatan lebih 682 juta Baht.
"Pada masa ini, lima sumber utama ketibaan pelancong kami adalah dari China, Malaysia, India, Rusia dan Korea Selatan. Kami berharap untuk mencapai 35 juta ketibaan pelancong antarabangsa pada 2024," katanya.
Beliau menambah bahawa TAT telah menonjolkan konsep komunikasi pemasaran baharu dan mempamerkan pelbagai tawaran pelancongan Thailand, dengan fokus kepada menyampaikan pengalaman perjalanan bermakna yang akan mencipta kenangan seumur hidup.
Bertemakan "Amazing Thailand: Your Stories Never End", acara TTM+ tahun ini diadakan di Khao Lak, Phang-Nga, dan akan berlangsung sehingga Jumaat, 7 Jun.
Awal bulan ini, kerajaan Thailand mengumumkan langkah baharu untuk meningkatkan sektor pelancongan, termasuk pengecualian visa, memperluas senarai visa semasa ketibaan dan memperkenalkan kategori visa baharu.
Berkuat kuasa 1 Jun, pelawat dari 93 negara, meningkat daripada 57 sebelumnya, boleh memasuki Thailand tanpa keperluan visa untuk tempoh sehingga 60 hari.
Selain itu, senarai negara yang layak mendapat visa semasa ketibaan akan meningkat kepada 31 daripada 19.
Bagi nomad digital yang mencari penginapan jangka panjang dan bekerja jarak jauh di Thailand, tempoh sah visa akan dilanjutkan dari 60 hari kepada lima tahun, dengan setiap penginapan dibenarkan sehingga 180 hari.
Langkah lain termasuk membenarkan pelajar universiti asing tinggal selama setahun selepas tamat pengajian dan melonggarkan keperluan insurans untuk pesara asing yang tinggal lama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Awal bulan ini, kerajaan Thailand mengumumkan langkah baharu untuk meningkatkan sektor pelancongan, termasuk pengecualian visa, memperluas senarai visa semasa ketibaan dan memperkenalkan kategori visa baharu. - Gambar fail
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.