KUALA LUMPUR: Polis menjangkakan lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves di sini sempena perayaan Thaipusam, bermula petang ini hingga esok.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata ini berikutan pihak kuil di Batu Caves memaklumkan kepada polis bahawa pengunjung akan lebih ramai apabila ketibaan pedati petang ini.
"Sejak semalam ramai pengunjung yang berulang-alik ke Batu Caves dan dijangkakan bertambah sehingga hari kejadian (kemuncak sambutan Thaipusam esok).
"Setakat hari ini, keadaan di Batu Caves terkawal dan teratur kecuali lalu lintas yang agak sesak," katanya dalam sidang media selepas meninjau persiapan perayaan Thaipusam hari ini.
Mengulas mengenai penugasan polis di Batu Caves, beliau berkata seramai 1,888 pegawai dan anggota polis ditempatkan di Batu Caves sepanjang sambutan Thaipusam.
Sasikala menasihatkan pengunjung yang hadir di Batu Caves agar tidak meletakkan kereta-kereta di tepi jalan kerana ia akan mengganggu laluan pergerakan pedati.
"Setakat ini, kami hanya mengeluarkan saman kepada kenderaan pengunjung-pengunjung yang menghalang laluan ke Batu Caves," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dalam kenyataan hari ini berkata polis kontinjen Kuala Lumpur telah menugaskan seramai 682 pegawai dan anggota polis bagi melancarkan perjalanan dan keselamatan lalu lintas semasa pergerakan membawa pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee ke Kuil Subramaniam, Batu Caves.
Beliau berkata berikutan itu, beberapa lokasi jalan telah ditutup dan dilencongkan malam tadi hingga 4 pagi tadi.
Katanya, beberapa jalan juga akan dilencongkan Isnin ini bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.
Antara yang terlibat ialah Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Perak/Pudu, Jalan Leboh Ampang, Jalan Ampang dan Jalan Munshi Abdullah.
Jalan-jalan lain ialah Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Azlan Shah (kedua-dua arah).
"Orang awam dinasihatkan agar merancang perjalanan awal serta memilih laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
"Polis juga menasihatkan agar orang ramai tidak mengganggu-gugat ketenteraman awam semasa pergerakan membawa pedati itu," katanya.
Azmi berkata jika terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh disalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Pihak kuil di Batu Caves memaklumkan bahawa pengunjung akan lebih ramai apabila ketibaan pedati petang ini. - Gambar fail

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Laluan, kawasan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang sesak, ada yang pengsan
Orang ramai, terutama penganut Hindu, semakin memenuhi jalan dan kawasan menghala ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani.

Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal
Lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam hari ini.

Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.

Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.

Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.

CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi amal digesa mengurangkan saiz makanan percuma yang akan diedarkan semasa sambutan Thaipusam pada 11 Feb ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran.