BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang dipenjarakan, layak untuk dibebaskan dengan parol bulan depan kerana usia dan kesihatannya.
Memetik laporan Reuters, Thaksin dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi dan sesak dada beberapa jam selepas kepulangannya ke Thailand pada Ogos lalu, untuk menjalani hukuman penjara lapan tahun kerana salah guna kuasa.
Thaksin sebelum ini hidup dalam buangan sejak 15 tahun lalu.
Hukumannya diringankan kepada setahun selepas pengampunan diraja.
Jabatan Penjara minggu lalu melanjutkan tempoh rawatannya di Hospital Polis, dengan alasan keperluan untuk memantau kesihatannya.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Sitthi Sutivong berkata berdasarkan kriteria, Thaksin layak mendapat parol khas.
Namun, pihaknya masih belum menerima permintaan rasmi daripada Penjara Reman Bangkok untuk parolnya.
Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 dan berada di tengah-tengah pergolakan selama 17 tahun di Thailand, mempengaruhi politik dari buangan.
Beliau yang juga bekas taikun telekomunikasi dan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Manchester City, dituduh oleh tentera kerana rasuah, kronisme dan salah guna kuasa.
Thaksin dijatuhkan hukuman penjara tanpa kehadiran pada tahun 2008.
Thaksin menerima sambutan sekembalinya ke Thailand pada Ogos tahun lepas, dengan orang ramai bersorak menyambut ketibaannya melalui jet peribadi dan anggota polis memberi tabik hormat kepadanya sebelum mengiringinya ke mahkamah dan kemudian dipenjarakan.
Astro Awani
Thu Jan 18 2024

Thaksin ketika menerima sambutan sekembalinya ke Thailand pada Ogos tahun lepas. - Foto fail/REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM Anwar menghadap Sultan Brunei, bincang isu kepengerusian ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bagi mengadakan perbincangan berhubung kepengerusian ASEAN 2025.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

'Wang haram' daripada pusat penipuan biayai konflik Myanmar - Thaksin
Thailand telah memotong bekalan elektrik, internet, dan bahan api ke lima bandar sempadan di Myanmar untuk membanteras penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa di seluruh dunia.

Malaysia manfaatkan kepakaran Thaksin untuk pacu kemajuan ASEAN
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau.

PM cuba bawa kejayaan Thaksinomik ke seluruh ASEAN - Penganalisis
Lantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat kepada Pengerusi ASEAN adalah usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa kemakmuran ekonomi ke seluruh negara ASEAN.

Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.

Thailand 2024: Peralihan politik, cabaran ekonomi dan diplomasi serantau
Tahun 2024 menyaksikan Thailand mengharungi era peralihan politik, cabaran ekonomi serta fokus baharu terhadap diplomasi serantau.

Anwar jumpa Prabowo, Thaksin pada 23 dan 26 Disember
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subiato dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra masing-masing pada 23 dan 26 Disember ini.

Segala keputusan ASEAN ditetapkan blok serantau itu sendiri, tidak terikat dengan penasihat - Fahmi
Fahmi berkata niat dan hasrat perdana menteri adalah untuk memanfaatkan tempoh Kepengerusian ASEAN 2025 dengan sebaiknya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand siasat pegawai benarkan Thaksin jalani hukuman di hospital, bukan penjara
NACC buat keputusan itu sebagai menjawab dakwaan terdapat pegawai di Jabatan Pemulihan dan Hospital Besar Polis hantar Thaksin ke hospital itu.