SINGAPURA: Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Ketua Negara baharu Singapura selepas memenangi pilihanraya Presiden dengan majoriti yang ketara pada Jumaat.
Mantan Menteri Kanan itu menerima 70.40 peratus undi sementara bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd, Ng Kok Song (15.72 peratus) dan bekas Ketua Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd, Tan Kin Lian (13.88 peratus).
Keputusan rasmi diumumkan oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD) selepas tengah malam.
Keputusan itu tidak jauh berbeza dari keputusan kiraan sampel yang diumumkan lebih awal sekitar pukul 10.45 malam pada Jumaat.
Di Facebook, Tharman mengatakan beliau "benar-benar berasa terharu dengan sokongan yang kuat" yang diberikan oleh pengundi dalam Pilihan Raya Presiden itu.
"Saya percaya pada undi yang diberikan untuk saya dan apa yang saya perjuangkan adalah undi keyakinan bagi Singapura sendiri, dan bagaimana kita boleh maju bersama dan saling tolong menolong sebagai rakyat Singapura."
Beliau juga berterima kasih kepada calon-calon lain yang telah "mengembleng sepenuhnya usaha dan tenaga dalam kempen mereka, dan menjadikannya sebagai pertandingan yang penuh bermakna."
Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Tharman dan berkata bahawa beliau yakin bahawa presiden baharu itu akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.
"Sebagai Ketua Negara, beliau akan mewakili kita di dalam dan luar negara, serta melaksanakan kuasa pengawasan, termasuk ke atas rizab negara dan pelantikan penting," kata Lee dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web Pejabat Perdana Menteri awal Sabtu.
Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada kesemua tiga calon yang tampil bertanding dalam Pilihan Raya Presiden itu.
Seorang negarawan dan ahli ekonomi Singapura, Tharman, 66 tahun, berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dan 2019, dan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet antara 2019 dan 2023.
Peranan lain beliau termasuklah Pengerusi Pihak Berkuasa Kewangan Singapura antara 2011 dan 2023, dan Timbalan Pengerusi GIC antara 2019 dan 2023.
Sebagai bekas ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura yang memerintah, beliau merupakan Ahli Parlimen (AP) yang mewakili kawasan Taman Jurong dalam GRC Jurong antara 2001 dan 2023.
Beliau membuat penampilan politik pertamanya dalam pilihan raya umum 2001 dan dipilih semula ke Parlimen sebanyak empat kali dalam pilihan raya umum berikutnya pada tahun 2006, 2011, 2015, dan 2020.
Pada Julai 2023, Tharman mengundurkan diri dari Parlimen dan semua jawatan dalam kerajaan serta keluar PAP untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.
Setakat 8 malam Jumaat, 2,480,760 rakyat Singapura telah mengundi di 1,264 pusat mengundi di seluruh pulau. Seramai 50,152 undi ditolak. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023

Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Ketua Negara baharu Singapura selepas memenangi pilihanraya Presiden dengan majoriti yang ketara pada Jumaat. - Gambar Facebook

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

Tharman angkat sumpah sebagai presiden kesembilan Singapura
Tharman Shanmugaratnam mengangkat sumpah sebagai presiden kesembilan Singapura pada majlis angkat sumpah yang diadakan di Istana pada Khamis (14 Sept).

PM Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Singapura
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada bekas Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihan raya Presiden Singapura, Jumaat lepas.

Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura
PM Singapura, Lee Hsien Loong ucap tahniah kepada Tharman dan yakin bahawa presiden baharu itu akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Tharman dahului Pilihan Raya Presiden Singapura berdasarkan kiraan sampel
Tharman Shanmugaratnam mendahului dalam pemilihan presiden kesembilan Singapura dengan undian 70 peratus.

Bakal calon Presiden Singapura boleh mohon Sijil Kelayakan
Permohonan Sijil Kelayakan dan penyerahan akuan komuniti akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.

WEF 2022: Singapura fokus masa depan pengurusan air
Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam memberi fokus kepada masa depan pengurusan air Kota Singa itu ketika menyertai Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 di Davos, Switzerland.

Singapura bantu pekerja matang
Singapura melakukan usaha bersepadu untuk membantu pekerja pertengahan umur dan matang berikutan mereka mewakili 60 peratus daripada tenaga kerja republik itu.

Heng Swee Keat dilantik TPM Singapura berkuat kuasa 1 Mei
Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura berkata Heng kekal sebagai Menteri Kewangan dan akan terus mempengerusikan Majlis Ekonomi Masa Hadapan serta Yayasan Penyelidikan Kebangsaan.

Kedua-dua TPM Singapura berazam bekerjasama rapat dengan TPM baharu Malaysia
Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam berkata kerjasama dua hala antara Singapura dan Malaysia kini berada dalam keadaan kukuh.