Kemuflisan syarikat pengurus pelancongan dan pengembaraan tertua di dunia, Thomas Cook dijangka tidak begitu memberi kesan kepada pelancong dari Malaysia memandangkan kurang daripada lima peratus ejen pelancongan di negara ini yang menggunakan khidmat syarikat itu.
Timbalan Presiden Persa-tuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Mohd Akil Yusof berkata daripada kira-kira 3,600 ejen pelancongan berdaftar di bawah persatuan berkenaan, hanya sebilangan kecil yang menggunakan khidmat Thomas Cook manakala yang lain sudah beralih kepada platform yang menawarkan khidmat lebih menarik.
"Antara lain ia turut disebabkan oleh terlalu banyak persaingan daripada Agensi Pengembaraan Dalam Talian di pasaran yang boleh menawarkan terma dan syarat yang lebih mudah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Syarikat berusia 178 tahun yang mengendalikan hotel, kawasan peranginan dan syarikat penerbangan kepada 19 juta pelanggan setahun di 16 negara itu muflis, menyebabkan ratusan ribu pelancong di seluruh dunia terkandas dan mencetuskan usaha penghantaran balik terbesar dalam sejarah Britain.
Dilaporkan Thomas Cook menanggung beban hutang sebanyak 1.7 bilion pound (AS$2.1 bilion), selain persaingan dalam talian, perubahan pasaran pelancongan dan pengembaraan dan persekitaran geopolitik.
Mohd Akil berkata, pihaknya setakat ini juga masih belum menerima sebarang aduan daripada ejen atau ahli yang bernaung di bawah persatuan itu mengenai pembatalan atau pemansuhan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Thomas Cook.
"Jika ada ia mungkin hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu hingga dua minggu terdekat ini," katanya.
Mohd Akil berkata sekiranya aduan diterima, pihaknya akan menasihati syarikat ejen pelancongan yang terlibat untuk membuat tuntutan segera kepada likuidator yang dilantik memandangkan isu itu lebih bersifat komersial.
"MATTA hanya boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk ejen atau ahlinya cara yang betul untuk menghadapi masalah ini namun tidak boleh masuk campur secara terus menerusi kerana kontraknya adalah di antara syarikat ejen pelancongan (ahli MATTA) dengan Thomas Cook," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 23 2019

Kurang daripada lima peratus ejen pelancongan di negara ini yang menggunakan khidmat syarikat Thomas Cook.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.

Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini
Negeri Sembilan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong ke negeri ini dengan mengatur lebih 50 acara pelancongan tahun ini.

Ketibaan pelancong China ke Thailand lebih rendah berbanding sasaran
Jumlah pelawat China yang mengunjungi Thailand dalam empat bulan pertama tahun ini dilihat lebih rendah berbanding jangkaan.

Polis KL lengkapkan kertas siasatan kes penipuan visa haji furada
Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan keputusan tindakan lanjut.

Ejen pelancongan didakwa guna dokumen palsu bernilai lebih RM22 juta
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Ejen pelancongan rugi berganda susulan COVID-19
MATTA meminta pembekal perkhidmatan pelancongan, terutamanya syarikat penerbangan dan hotel, mengenepikan caj pembatalan biasa, bagi mengelakkan ejen pelancongan mengalami kerugian.

Sabah harap permohonan pindah kuasa lesen pelancongan akan berhasil
MOTAC berkata penyerahan kuasa kepada negeri belum dapat dilaksanakan, memandangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam rundingan.

Polis kerjasama dengan Interpol cari individu hina PM, IGP di Twitter - Huzir
Unsur penghinaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hamid Bador itu mula dikesan pada 14 Oktober lalu.

Thomas Cook yang muflis tidak beri kesan kepada pelancong Malaysia
Kurang daripada lima peratus ejen pelancongan di negara ini yang menggunakan khidmat syarikat Thomas Cook.

Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom
Hasrat seorang juruteknik untuk melancong ke Rom, Itali tidak kesampaian selepas dia dipercayai diperdayakan pemilik syarikat pelancongan yang dikenalinya sejak dua tahun lepas.